Selalu Sibuk? Tiada Masa Nak Berjumpa Pasangan? Haa... Ini Bahaya Kalau Korang Selalu Tak Ada Masa Buat Pasangan.

 

“Saya sibuk hari ni.”

“Kita tak dapat jumpa hari ni.”

“Saya penat, nak tidur.”

Ini adalah alasan-alasan yang kerap kali kita gunakan apabila kita sibuk dengan hal lain sehingga mengabaikan pasanga kita ini. Dalam perhubungan ini, korang kena la bijak untuk membahagi waktu.



Tahu, seharian berkerja sememangnya memenatkan. Itu belum lagi yang melakukan dua tiga kerja untuk mencari duit kahwin. Penat memang penat, sampaikan tiada masa untuk bahagi masa dengan pasangan.

Tapi, kalau korang kerja bersungguh-sungguh sekali pun untuk mencari duit kahwin tapi korang tak jaga hubungan dengan pasangan pun tak boleh juga. Kedua-duanya perlu bijak untuk dikendalikan.

Korang tahu tak apa jadi kalau korang selalu cakap tak ada masa dengan pasangan korang?



4 perkara ini bahaya untuk hubungan korang.

1. Pasangan tak ambil peduli.

Kalau mula-mula dulu mungkin dia akan ambil kisah dan ingin tahu. Paling tak pun dia akan berikan korang ruang. Tapi kalau dah banyak kali korang buat macam tu dekat dia tak mustahil dia pun dah malas nak ambil tahu pasal korang.

Kira macam korang cari dia orang okay, korang tak cari pun dia orang okay.

Haa… lama-lama hubungan korang semakin menjuah malah akan memudar. Hati-hati gais!

2. Komunikasi menjadi teruk.

Tiada lagi keselesaan dalam komunikasi. Bahkan masa-masa untuk korang berbual antara satu sama lain telah hilang. Yang ada hanya jarak yang terbina dalam hubungan korang. Banyak perkara menjadi sukar untuk dibincang. Hilang keharmonian dalam komunikasi hingga membuat hubungan menjadi lemah.



3. Masalah kecil menjadi besar.

Masalah yang tidak diselesaikan dengan segera akan menjadi duri dalam daging. Korang tak ada masa-masa khas untuk berbincang, malah jika terus dibiarkan, ia akan tergantung dan menjadi bom jangka dalam hubungan korang.

4. Saling menyakiti.

Akhirnya korang akan saling menyakiti antara satu sama lain. Tak ada masa untuk pasangan, malah tiada ruang untuk bina kegembiraan. Apa yang ada hanya rasa sakit hati antara satu sama lain hingga membuatkan hubungan terasa semakin hambar.

Nampak tak betapa terukanya kalau korang tidak memberi masa buat pasangan korang. Tidak perlu call berjam-jam, tak perlu jumpa setiap hari, tetapi cukup kalau korang sentiasa memenuhi di hatinya dengan ada disaat di perlukan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen