Usia Bukan Penghalang Untuk Korang Mencari Jodoh, Tapi Buat Wanita Berkerjaya Jangan Lakukan Ini Dalam Mencari Pasangan. Jangan Terburu-Buru, Ada Jodoh Tak Ke Mana!

 

Bila bercakap mengenai wanita berkerjaya sudah tentu rata-rata akan menganggap mereka ini sukar mendapat jodoh. Ini kerana, ramai lelaki di luar sana takut untuk mendekati wanita yang memiliki karier yang hebat ini.

Biasanya wanita ini akan terlalu sibuk mengejar cinta-cita dahulu sehingga lupa dan tidak sempat memikirkan jodoh buat mereka. Mereka-mereka ini hanya akan sedar apabila rakan-rakan mereka sudah mula bahagia dengan pasangan serta keluarga masing-masing.



Jika salah seorang dari korang mengalami masalah ini, jangan risau! Korang masih belum terlambat lagi dalam mengejar jodoh korang.

Namun begitu, ramai sahaja wanita-wanita berkerjaya ni, bila dah tahu mereka ini sudah lambat untuk mencari jodoh, mereka mula melakukan kesalahan dalam perhubungan, kerana mungkin terkesan dengan keadaan sekeliling mereka.
Haa, nak tahu apa yang kerap korang lakukan kesalahan dalam mencari jodoh ni?



1. Terganggu.

Biasanya wanita-wanita berkerja ini mempunyai pendapatan yang baik serta suasana kerja yang baik sehingga mereka ini terlupa bahawa mereka perlukan pasangan hidup untuk menemani sepanjang hidup mereka.

Ketika mencari pasangan, wanita-wanita ini biasanya mempunyai pemikiran negatif yang akan mengganggu mereka. Terutama jika mereka ini berkongsi cerita sesame rakan mereka, ataupun mendengar pandangan dari mereka yang telah berkahwin.

Korang akan lebih mudah terganggu dengan hal-hal yang tidak diingini berlaku seperti suami tidak memberi izin untuk berkerja, punya suami yang malas, serta hubungan kekeluargaan yang tidak bahagia.

Apabila korang memiliki pemikiran sebegini, ia akan membuatkan perbuatan korang ini seperti bermain tarik tali apabila terlibat dalam hubungan. Kejap nak kejap tak nak, jadi lelaki-lelaki yang mendekati korang akan mula hilang minat.

Cara yang terbaik kalau korang mengalami masalah ini adalah, cuba untuk berfikiran yang positif sedikit dan membuka ruang untuk merasai hidup berpasangan. Jangan takut untuk mencuba kerana korang tak nampak kebahagiaan di hadapan korang tu lagi.

2. Panik dan turunkan piawaian.

Usia sebenarnya bukan penghalang untuk anda mencari dan menerima pasangan, tetapi wanita berkerjaya ini sentiasa memikirkan bahawa usianya sudah bukan diambang yang sesuai untuk mencari jodoh membuatkan korang menerima sahaja mana-mana lelaki yang mendekati.

Apa yang terjadi kalau korang main terima sahaja mana-mana lelaki yang datang dan tidak sesuai dengan korang, sudah tentulah ia akan memberi kesan terhadap hubungan korang serta masalah selepas berkahwin nanti.

Sebagai contoh, boleh jadi pasangan korang hanya akan mengambil kesempatan ke atas korang sahaja, malah tidak memahami korang punya kerjaya. Ini yang akan membuatkan korang rasa menyesal berkahwin kelak.

Sebagai seorang wanita, korang seharusnya menetapkan kriteria yang sesuai dengan diri korang. Jangan disebabkan asakkan orang sekeliling membuatkan korang mudah untuk terima sesiapa sahaja.



3. Lupa menikmati hubungan.

Mungkin korang akan sibuk dengan kerja korang, malah tiada masa untuk keluar bersama pasangan korang. Mana tidaknya, selepas pulang kerja dan berhempas pulas menghadap jem sudah tentu korang akan lebih memilih untuk berehat di rumah sahaja.

Jika ini terjadi pada korang, ia akan membuatkan orang yang menyukai korang hilang minat. Mana tidaknya setiap kali ajakkan akan ditolak, jadi orang tersebut pun merasakan korang tak berminat terhadap dirinya.

Jika anda benar-benar mahukan pasangan yang sesuai buat diri korang, apa kata jangan skip langkah ini. Cuba untuk sediakan masa pada hujung minggu untuk anda bergelak ketawa, dan bersantai dengan si dia. Ia juga sebenarnya membantu untuk kawal stress korang.

4. Terlalu dominan dan suka mengatur.

Selalunya lelaki akan mudah menjarakkan diri sekiranya korang ini begitu suka mengatur dan dominan. Ini kerana, lelaki sangat tidak suka jika dirinya diarah-arah ataupun di kebelakangkan. Sudah menjadi sifat mereka untuk menjadi ketua tetapi korang seolah-olah merampasnya.

Cuba untuk kurangkan sikap ini dalam diri anda walaupun anda berpangkat tinggi manakala pasangan korang sekadar orang bawahan. Ini kerana, dalam rumahtangga, suami korang akan tetapi menjadi ketua walaupun mereka ini tiada kerja sehebat korang.

Semua perkara boleh diubah mengikut kesesuaiannya, asalkan korang sememangnya mahu berubah dan menginginkan pasangan yang baik dalam hidup. Ingat, usia bukan penghalang untuk mencari jodoh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen