Perut Buncit? Eee, Malunya, Macam Mana Nak Sorok Ni! Haa... Ni Rahsia Macam Mana Nak Hilangkan Masalah Perut Buncit Korang Tu.

 

Rupanya banyak kesan buruk terhadap pengambilan gula yang berlebihan ini. Kalau korang nak miliki tubuh badan yang lawa, serta yang diidamkan, korang kena cut pengambilan gula korang. Bukan tak boleh ambil gula langsung tapi ikut pada kadar yang disyorkan.

Memang sedap kalau makan dan minum benda yang bergula ini, rasa nyaman je lalu dekat tekak kita jika hendak dibandingkan dengan pengambilan minuman atau makanan yang tawar.

Pengambilan gula berlebihan bukan sahaja boleh menjadi penyebab kepada penyakit diabetes jenis II, malah sebenarnya boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan lain.



Ini termasuk gula tambahan yang terdapat dalam makanan seperti minuman bergas, donut, manisan dan sebagainya. Bagi seorang wanita pengambilan gula sebenarnya hanya perlu sekadar 25 gram sehari manakala lelaki kurang daripada 36 gram.

Pernahkah korang terfikir apa kebaikan kepada badan korang jika berhenti mengambil gula, selain ia mampu mengurangkan risiko penyakit diabetes?



1. Bantu masalah perut buncit

Gula tambahan berkait rapat dengan kalori yang mengakibatkan penambahan berat badan. Jika korang berhenti mengambil makanan yang mengandungi gula tambahan dan digantikan dengan makanan berfiber tinggi - ia akan memberi kesan kepada perut buncit korang.

Ini kerana tanpa gula tambahan, badan korang akan mula memproses karbohidrat daripada lemak sedia ada.

2. Badan rasa lebih segar dan fokus

Jika korang bergantung kepada nasi lemak atau donut serta teh tarik untuk mulakan hari korang - sudah tiba masanya berfikir semula untuk mengubah tabiat itu.

Ini kerana tanpa gula tambahan ia sebenarnya lebih membuatkan korang segar dan bertenaga, selain kekal fokus untuk sepanjang hari.

3. Kesihatan jantung

Pengambilan gula berlebihan meningkatkan risiko kolestrol namun pengurangan dalam diet mampu mengelakkan korang daripada terkena serangan jantung.



4. Gigi lebih tahan lama

Gula juga penyebab kepada kerosakan gigi bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi orang dewasa.

5. Badan rasa lebih ringan

Kebiasaannya pengambilan garam berlebihan antara penyebab badan berasa mengembung dan berat disebabkan kandungan sodium dalam garam menyimpan air.

Namun gula juga memainkan peranan sama tetapi sebaik sahaja korang lupakan gula dalam diet, badan korang akan rasa lebih ringan dan bertenaga.



6. Cantikkan kulit

Masalah kulit kusam dan berjerawat? Cuba tinggalkan tabiat makan dan minum manis kerana tanpa gula kolagen dalam badan akan bertindak lebih aktif dalam melicin dan merawat kulit korang.

7. Tidur lebih nyenyak

Apabila gula berlebihan dalam badan ia akan menyukarkan korang tidur dengan lena dan menyebabkan korang berasa lesu pada waktu pagi.

8. Mengurangkan risiko kanser

Kajian selama sembilan tahun mengenai kesan gula terhadap kanser mendapati sel barah yang memproses kandungan gula dalam badan boleh merangsangkan pertumbuhan tumor.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen