Apabila Kita Terluka & Kecewa Kerana Hubungan Tak Menjadi, Jangan Sedih. Percaya la Bahawa Allah Sedang Menyediakan Kebahagiaan Yang Paling Indah Buat Korang.

 

Bila kita kena tipu dan kantoi pasangan berlaku curang, sudah tentu rasanya sakit sekali. Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan lagi tapi kalau dah berkali-kali, sudah tentu rasanya macam tak nak memaafkan lagi. Nak padang muka pun dah tak nak.

Kita sebagai manusia ini memang begitu mudah meletakkan harapan yang tinggi terhadap manusia juga. Bila kita rasa bahagia, kita lupa Allah. Dalam fikiran kita hanya ingat dekat orang yang membuat kita rasa bahagia je, sedangkan rasa bahagia itu datang dari Allah juga.



Harapan yang besar kita letakkan kepada hambaNya kerana kita bahagia bila bersamanya. Kita gembira bila bergurau senda dengannya, malah kita aman ketika dia di sisi kita.

Bila kita melalui saat-saat manis ini, lupa segalanya. Lupa bahawa Allah itu nak kita untuk mengingatiNya. Tapi kita siang malam hanya terbayangkan pasangan kita. Kita letakkan kepercayaan kita 100% kepadanya tanpa sedikit pun risau dan bimbang.



Tapi bila dikhianati, barulah kita sedar bahawa kita silap kerana mempercayainya.

Kesilapan kita yang paling besar sebagai manusia adalah apabila kita meletakkan kepercayaan kita sepenuhnya kepada manusia. Kita ini terlalu mudah percaya bahawa manusia itu mampu membahagiakan kita selama-lamanya, sedangan dia itu hanya pinjaman sahaja dari Allah.

Baik suami yang terlalu mempercayai isteri,
Baik isteri yang sangat percaya pada suaminya,
Begitu juga dengan mereka yang sibuk sedang berkasih.

Bila kita hilang kepercayaan kita kepada pasangan kita, jangan kecewa dan sedih. Kita masih lagi ada Allah yang akan sentiasa bersama-sama dengan kita.

Apabila kita rasa kecewa kerana kepercayaan yang diberikan itu tidak dihargai, jangan sedih. Itu adalah salah satu petanda bahawa Allah menginginkan kita untuk mendekatkan diri denganNya semula. Ia sebenarnya satu teguran agar kita tidak terlalu berharap selain Allah.



Maka bila keadaan seperti ini berlaku, berharap dan percaya Allah lebih dari segalanya.

Andainya jika kita ini percaya Allah lebih dari manusia sebelum ini, apa pun yang dia buat apa kita, walaupun kecilkan hati, sakitkan hati ataupun lukakan hati kita, tetap sahaja kita tidak rasa terlalu sakit dan begitu terluka kerana kita percaya bahawa Allah itu akan memberi kebahagiaan kepada kita kelak.

Bila kita pulangkan kepercayaan kita pada Allah, maka Allah akan berikan kebahagiaan kepada kita.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,870 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen