Takut Crush Korang Jatuh Ke Tangan Orang lain? Apa Kata Korang Cuba Tips Ini Dulu, Mana Tahu Nanti Ada Peluang Bersanding Berdua.

 

Kenal, kawan dan rapat ini kadang kala mempunyai peluang yang lebih jauh berbanding dengan mereka yang hangat bercinta. Apabila kita mulakan semuanya dengan sebagai kawan dan kemudian rapat, hubungan yang akan terbina itu akan lebih relax.

Berkenalan di media sosial, atau laman mecari jodoh hanya membuatkan kita ingin berkawan sahaja dahulu. Kerana apa? Kerana takut-takut kalau si dia itu tidak serius ataupun sudah memiliki pasangan. Tapi kalau kita hanya menganggapnya kawan sudah tentu tidak perlu takut untuk terluka bukan?

Tapi selepas berjumpa dan timbul rasa selesa sudah tentu ia akan membuat salah seorang itu ingin pergi lebih jauh. Tidak kiralah ia inginkan sebuah hubungan yang serius ataupun sebaliknya.



Tapi biasanya bila dah selesa ini, mula rasa takut kehilangan. Mula takut kalau-kalau dia bersama dengan orang lain. Tapi korang tak boleh terus menyerang atau menekan mereka-mereka ini untuk terima korang.

Gunakan taktik yang halus, dan membuat dirinya sedar sendiri. Mungkin akan mengambil masa, tetapi kalau dipaksa dan ditekan tak mustahil si dia boleh menjauh.

Tak susah pun sebenarnya, korang cuma perlu buat dirinya rasa selesa sahaja dengan korang.

Macam mana?



1. Jadi pendengar setianya.

Kita ini kadang-kadang ada masalah tapi tak mampu nak luah dengan orang sekeliling, malah tak mampu juga nak luah dengan orang yang dekat dengan kita. Jadi gunakan kesempatan ini untuk kalian saling mendekati.

Apa kata anda menjadi pendengar setia buat dirinya. Apabila dirinya berdepan dengan masalah cuba untuk memberi dorongan, menyokong malah membantunya. Jangan pernah mengabaikannya.

2. Jadi seorang yang lebih menyenangkan.

Berhenti untuk melakukan hal-hal yang tidak disenangi oleh si dia. Sebagai contoh, jangan jadi seorang yang terlalu memaksa atau cuba untuk mengawal dirinya. Pastikan korang lebih relax jika nak mendapatkan hatinya.

Kalau perempuan jangan terlalu mengejar, kalau lelaki jangan nak mengatal pula.



3. Berkompromi, jangan ego.

Paling mudah sebenarnya kalau nak berkompromi ini. Tapi itulah tak semua orang boleh buat sebenarnya.

Apabila korang berdepan dengan salah faham, jangan tunggu untuk dia memujuk korang tetapi ambil peluang ini dengan menunjukkan bahawa korang ini mudah untuk dikompromi dan bawa bincang.

4. Saling menyokong.

Selalu bukan kalau bila dah kenal ini akan mula berkongsi pelbagai cerita, di sini juga anda boleh ambil kesempatan sebenarnya. Macam mana?

Sentiasa beri galakkan dan dorongan yang mencukupi buat si dia hingga dia rasa begitu selesa dengan korang dan meminta untuk korang mencadangkan idea-idea yang menarik.



5. Jangan guna nada yang tidak menyeronokkan.

Kadang kala pasti akan adanya salah faham. Tapi itu bukan bermakna korang boleh menggunakan nada yang tidak sesuai sesuka hati. Cuba untuk kawal nada korang walaupun sedang sakit hati.

Langkah ini mungkin kelihatan agak lambat berkesan, tetapi lebih elok berbanding kita berputih mata.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen