"Nafkah Isteri & Mantan Isteri Jangan Lupa, Walaupun Jenis Tak Meminta" Norman Hakim.

 

Sebagai seorang suami, kita semua perlu tahu bahawa nafkah itu adalah satu kewajipan buat anak-anak dan juga isteri. Tidak kiralah berapa banyak pendapatan kita yang kita perolehi, ataupun isteri memiliki perkerjaannya yang tersendiri, itu semua bukan penyebab untuk seorang suami memberi alasan untuk tidak memberi nafkah.

Sedikit ke banyak ke, itu bukan perkara yang penting. Akan tetapi tanggungjawab yang dilaksanakan oleh suami serta ia juga membuat rezeki diberkati serta dipergandakan.



Sangat beruntung seorang isteri jika dia memiliki suami yang faham akan tanggungjawab seperti ini. Setiap bulan akan memberi nafkah yang cukup buat isteri, walaupun isterinya bukan jenis yang akan meminta-minta.



Boleh dijadikan contoh dan tauladan yang baik, pelakon, Norman Hakim, 43 ada kongsikan perkara memgenai pemberian nafkah ini. Di mana selain mak, ayah dan isterinya sendiri Memey Suhaiza, 31. Beliau ini juga tidak lupa untuk memberi nafkah kepada bekas isterinya, Abby Abadi, 41.

Jelasnya, nilai tersebut tidak seberapa jika hendak dibandingkan pengorbanan buat isteri dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Malah turut berharap agar dapat terus istiqomah dalam menunaikan kewajipan ini.




“Sekadar berkongsi tips: selain daripada ayah mak, nafkah untuk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta-minta atau ada bisnes, bekerja & ada pendapatan sendiri. Duit dia, duit dia..duit kita, duit dia jugak hak hak

Berapa amaun yang diberi takkan ternilai dengan pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak-anak kita, betul tak? Yang penting doa tu..doa-doa yang ‘deep’ dari lubuk hati yang ikhlas yang sangat-sangat didambakan olehku untuk terus kuat berusaha mencari rezeki yang halal & barakah untuk keluarga.

Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin...Aamiin...Aamiin Ya Rabb Ya Allah.”



Semoga perbuatan ini menjadi contoh dan teladan yang baik buat pasangan suami isteri diluar sana. Malah ia juga menjadi contoh buat pasangan yang telah terpisah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen