Selalu Dengar Orang Kata Bila Dah Kahwin Nanti, Dosa Isteri Akan Ditanggung Oleh Suami. Betul Rupanya Tapi Dengan Syarat...

 

Seorang gadis itu kalau belum berkahwin maka segala dosanya akan ditanggung kepada bapanya, manakala selepas dirinya berkahwin maka segala dosanya akan beralih pula kepada suaminya. Begitu mudah jadi perempuan ini bukan, dosanya akan beralih ke sana sini dengan mudah sekali.

Malah ada juga isteri-isteri yang menganggap bahawa setiap perbuatan salahnya itu akan ditanggung oleh si suami walaupun suaminya sudah kali mengingkarinya.

Mudah betul kita ini berfikir bukan? Bukan ke setiap orang mempunyai dosa dan pahalanya sendiri. Mana mungkin dosa-dosa yang dibuat oleh kita akan ditanggung oleh orang lain.



Lagi-lagi selepas seorang ayah itu telah menegur anak gadisnya. Malah selepas suami cuba mendidik dan membimbing isterinya.

Jangan pandang enteng dengan "Biarlah, dia yang tanggung dosa aku".

Jom sama-sama kita fahami penjelasan daripada Firdaus Shakirin ini.



Adakah dosa isteri ditanggung suaminya?

Setiap orang bertanggungjawab untuk apa yang dia lakukan...dia buat baik dan buat perkara-perkara yang disuruh agama, dia dapat pahala...dia tinggalkan perkara-perkara yang diwajibkan keatasnya, buat jahat dan buat perkara-perkara yang dilarang agama, maka dia dapat dosa...niat nak buat baik dah dapat pahala walaupun tak buat baik lagi...niat nak buat jahat, tak dapat dosa selagi kejahatan tu tak dilakukannya...

Jadi, isteri tanggung dosanya sendiri, bukan suami...

Seorang suami akan berdosa sekiranya dia tak menegur, menasihati dan membimbing isterinya akan apa perkara yang wajib dibuat, yang haram dibuat, yang dituntut, yang dilarang, yang mungkar, yang maksiat dan sebagainya...sebab ini kewajipan dan tanggungjawab suami...



Membawa isteri ke jalan yang diredhai Allah...

Sekiranya isteri masih melakukan dosa setelah ditegur dan dinasihati suami, maka dia tanggung sendiri dosanya...bukan lagi suami...suami takkan tanggung dosa isteri sekiranya dia dah pun melakukan kewajipan-kewajipannya sebagai suami dengan sebaiknya...

Ingat, jangan sewenang-wenangnya anggap dosa yang dilakukan isteri itu ditanggung suami...ianya tertakluk pada terma dan syarat-syaratnya..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 525,583 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen