Orang Perempuan, Jangan Mengharapkan Tinggi Sangat Dekat Pasangan Kita, Tapi Kalau Dia Ada 7 Ciri Ini Jangan Lepaskan Pula. Insya Allah, Dia Pasti Tahu Tanggungjawab.

 

Jadi orang perempuan ini memang selalulah mengidamkan pasangan dan suami yang baik, soleh dan bertanggungjawab. Tapi itulah lelaki dalam dunia ini mana ada yang sempurna kan? Kita sebagai orang perempuan ini tak boleh mengharap lebih-lebih sangat, terutama jika ia melibatkan pasangan.

Kalau lebih-lebih takut diri sendiri yang kecewa.



Namun begitu, ada beberapa ciri pasangan lelaki yang ideal yang korang boleh tengok dekat pasangan korang. Kalau mereka ada ciri-ciri yang dikongsikan oleh Amir Syahir ini, pasti mereka ini antara orang yang bertanggungjawab dan baik, soleh itu sudah tentu!

Jadi kaum-kaum hawa sekalian, jangan lepaskan lelaki yang ada 7 perkara ini.

Edisi: Pengurusan Kewangan

1. Tidak Terlalu Agungkan Kereta

Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Si dia tak suka bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.



2. Tidak Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama

Pakai baju bundle pun takde hal. Tak pentingkan jenama je. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.

3. Tidak Merokok

Kalau kesihatan dia pun dia jaga, hati awak apatah lagi. Cewahhh. Mesti dia jaga baik punya. Daripada duk bakar duit je, baik dia menyimpan duit untuk masa depan korang kan.



4. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih

Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.

5. Tidak Suka Lepak Kedai Hipster

Lepak kedai biasa saja untuk berjimat. Ini tidak, tiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu.

6. Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan Dan Hartana

Dia banyak membaca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukan duk baca buku tentang kereta mahal dan motosikal besar je manjang. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.



7. Ada Pelaburan Terjamin

Dia mempunyai pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada rumah sendiri tu kira bonus dah. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak ada niat nak buat pinjaman peribadi untuk kahwin nanti.

**

Kau kaum lelaki ada ciri ni tak?. Kalau ada baguslah. Boleh ubah ke arah kebaikan.

Korang tengok timeline FB nya. Kalau selalu buat status maki, marah-marah orang tak tentu pasal bahaya sangat tu.

Jika selalu duk up gambar tentang kereta idaman. Kereta honda Civic misalnya. Memang dia jenis gilakan kereta. Mesti akan bercinta dengan hutang kereta nanti.

Manusia tidak sempurna. Mungkin dia tak memiliki kesemua ciri-ciri di atas. Kalau ada beberapa ciri di atas pun dah dikira okey. Yang lain boleh diperbaiki.

Memilih calon suami yang bebas hutang jahat amatlah penting. Nanti hutang dia bersepah, kau pulak kena tanggung.

Kisah silam dia berhutang sana sini nanti kau juga jadi mangsa. Kau pulak kena buat pembiayaan peribadi untuk langsaikan hutang dia. Kah!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen