Korang Tengah Diet Ke Tu? Teringin Nak Makan KFC Tapi Terpaksa Tahan, Haa... Siapa Kata Orang Diet Tak Boleh Makan KFC. Jom Baca Kalau Nak tahu.

 

Selalu kalau diet je tak boleh makan itu makan ini. Lagi-lagi kalau makan fast food ni, lagi la pantang larang yang amat perlu dijauhi. Tapi elak macam-macam pun tak kurus juga.

Apa yang lebih sedih, kita hanya mampu tengok je orang lain makan. Telan air liur dan ambil bau je, aduh kesian kan kalau tengah diet kaw-kaw ni.

Kalau langgar pantang, majlis kahwin tinggal lagi berapa bulan lagi. Aduh… nanti sia-sia semua usaha nak kuruskan badan kerana KFC seketul ni.



Jangan sedih dulu korang!

Siapa kata masa diet tak boleh ambil KFC, haa tengok brother kita, Aizat Razak ini kongsi cara beliau makan KFC ketika diet.

Tapi jangan pula korang makan banyak-banyak pula, buat hilangkan keinginan tu boleh la.

Jom kita tengok caranya…

KALAU DIET NI, TAK LEH MAKAN KFC KE? HUHUHU

Dulu waktu join Jom Kurus 1 Malaysia 2014 waktu mula-mula dalam journey, coach saya ajak makan KFC selepas main Dogdeball.

Waktu tu, saya terus cakap, "kenapa KFC, saya diet ni"

Terus coach saya cakap,

"Siapa kata Diet tak leh makan KFC? Boleh je, sekala sekala dan tidak berlebihan. Jangan siksa nafsu. Sampai bila boleh pandang kejauhan tengok KFC ni?"

Terus berubah mind setting saya. Terus join makan KFC dengan gembira dan alhamdulillah masih ada penurunan.

Diet nak kurangkan berat ni bukan menahan diri daripada tak makan.

Tapi kita fokus pada menahan diri untuk tidak makan secara berlebihan.

Contohnya:

1. Kalau dulu setiap minggu makan 2-3 kali, jadikan 1 kali seminggu. kemudian, jadikan 1 kali sebulan. Kalau 1 kali 2-3 bulan pun bagus. perlahan-perlahan.

2. Kalau dulu ambil dinner plate + chezze Wedges + air gas + lain-lain, mula kurangkan. Jadi dua ketul, tak order air gas, bawa air kosong sendiri.

3. Kalau dulu suka makan bahagian berlemak, ambil bahagian dada.

Semuanya terletak pada diri kita.



Ni kebetulan saya ternampak bacaan kalori KFC waktu makan dengan keluarga hujung minggu lepas saya kongsikan dengan korang semua.



Katakanlah anda ambil makanan berikut:

1. 2 ketul dada Original (360 kcal x 2) = 720 kcal

2. 1 Coleslaw 150 kcal

3. 1 kentang putar 60 kcal

4. 1 ketul roti 80 kcal

Kalori sekali makan: 1010 kcal

huhuhu.. jadi rancang dengan bijak.

Boleh makan, makan dengan sederhana.

Kongsikan sekiranya bermanfaat!

Usah sekat, tapi kawal! Usah seksa tapi berpada-pada!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen