Sudah Memohon Dengan Sangat, Tapi Masih Lagi Belum Tertunai. Ini Punca Mengapa Doa Kita Tidak Ditunaikan Oleh Allah.

 

Kita sebagai orang Islam ini sememangnya tahu akan kehebatan kuasa doa ini. Walaupun doa secara individu ini tak boleh lawan doa ibu dan isteri, tetapi kita tahu bahawa Allah itu sentiasa mendengar doa-doa hambaNya ini.

Tetapi kita akan mudah geram dan tak sabar apabila doa yang kita mohonkan itu masih lagi tak ditunaikan oleh Allah. Bukan sekali dua kita berdoa tetapi dah banyak kali, tetapi sahaja mengecewakan hati.



Haa, korang nak tahu tak kenapa doa korang tu tak ditunaikan oleh Allah?

Orang-orang yang ditolak doanya adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut :

1. Orang yang menggunakan barang-barang haram

Orang-barang yang menggunakan keperluan hidupnya dari benda-benda yang haram seperti pakaiannya haram, memakan benda yang haram seperti pakaian dan makanan dengan wang yang haram doanya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w, " Ya Rasulullah s.a.w saya telah pun berdoa tetapi tidak diterima. Rasulullah s.a.w menjawab, Ya Saad tinggalkanlah makanan yang haram, maka sesungguhnya tiap perut yang telah dimasukkan makanan yang haram maka tidak diterima doanya selama empat puluh hari".

Abu Hurairah menceritakan, " Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan berdebu rambutnya, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa "Ya Tuhan Ya Tuhan". Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya". (diriwayatkan oleh Muslim)

2. Ingin Disegerakan Doanya

Seseorang yang memohon sesuatu hajat kepada Allah s.w.t tidak boleh meminta atau berharap doanya dikabulkan dengan segera, seolah-olah ia memaksa Allah s.w.t mengikut kehendaknya. Cara yang demikian akan menjadikan ia cepat putus asa apabila doanya atau permintaannya tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t, sedangkan orang yang putus asa terputus dari rahmat Allah s.w.t dan apabila tiada rahmat Allah s.w.t menyebabkan doanya tiada dimakbulkan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan janganlah kau berputus asa daripada mengharap rahmat Allah s.w.t kerana sesungguhnya tiadalah yang putus asa dari rahmat Allah s.w.t kecuali orang-orang kafir".
( Surah Yusuf, 87)

3. Tidak Yakin

Seseorang yang berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah s.w.t hendaklah mempunyai angapan atau sangkaan yang baik bahawa permintaanya akan diterima dan apabila was-was atau separuh yakin doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t menyebabkan doanya di tolak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Hendaklah kamu berdoa kepada Allah s.w.t dengan yakin akan perkenan doanya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t tidak memperkenankan doa orang-orang yang berhati lalai dan alpa".

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen