Buat Yang Bujang Chill, Sabar & Usaha Dalam Mencari Jodoh, Jangan Terlalu Tergesa-gesa Mengejar Jodoh.

 

“Ketakutan terasa bila jodoh masih tak kunjung tiba”

Bila kita tengok kawan-kawan seusia kita semuanya sudah mula mendirikan rumah tangga, ada yang sudah mempunyai beberapa orang anak, pernah tak kita ini terfikir bila waktu untuk diri kita ini akan tiba pula?

Rasa teringin,

Rasa cemburu,

Dua perasaan ini sedang menguasai diri kita sekarang ini.



Jangan tergesa-gesa mengejar jodoh, kita tahu dalam dunia ini semua orang telah memiliki jodohnya yang tersendiri. Yang membezakannya cepat atau lambat sahaja. Jangan sia-siakan masa yang ada itu dengan mencemburui hubungan orang lain sahaja, kita tak akan tak ada usaha?

Jangan sebab kita tengok orang lain kahwin, kita nak kahwin. Betul ke niat kita itu?

Bukankah niat kita untuk berkahwin ini adalah mencari keredhaan Allah. Itu kan tujuan sebenar dalam hidup kita ini.

Jangan cemburu melihat orang lain, biarkan mereka bahagia di sisi pasangan masing-masing. Yang kita ini berusaha untuk mencari jodoh yang terbaik buat kita.

Bukannya dengan memilih pasangan dengan membuta tuli sahaja. Itu semua kerana umur yang semakin lanjut, kerana takut akan kata-kata orang.

Chill, jangan takut dengan kata-kata orang tapi lebih takut kalau salah pilih pasangan. Korang masih ada masa lagi untuk cari pasangan yang baik, taat perintah agama serta memiliki tujuan hidup yang sama.

Jangan takut dengan umur, umur itu hanya nombor sahaja. Ia tidak akan mengubah apa-apa dalam diri anda.

Kita takut kalau kahwin lambat nanti sukar untuk memiliki zuriat?

Siapa kita untuk menidakkan rezeki yang diberikan olehNya, berapa lambat pun kita kahwin nanti, kalau Allah kata nak beri, dia akan beri.

Mengapa perlu tergesa-gesa mengejar jodoh?

Jodoh itu tak akan lari ke mana-mana pun. Bila tiba waktunya, jodoh itu sendiri akan tunjukkan dirinya. Tapi jangan pula kita hanya mendiamkan diri sahaja, tetapi berusahalah mencarinya.

Akan tetapi pada masa yang sama jangan lupa untuk mengubah diri kita ke arah lebih baik. Ubah diri kita menjadi pasangan impian jodoh kita. Ubah diri kita sama seperti yang kita mahukan dari jodoh kita.

Sabar, bertenang dan jangan terburu-buru.

Semua orang akan berkahwin dan hidup bahagia di samping pasangannya. Tapi kalau kita sabar akan jodoh kita, sudah tentu hubungan yang terbina akan lebih lama dan lebih bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,842 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen