Panggilan Sayang Tu Hanya Untuk Isteri Kita Je, Jangan Ringan Sangat Mulut Nak Panggil Perempuan Lain Sayang.

 

Ala, orang sekarang ini belum kahwin lagi mulut tu dah ringan sangat panggil sayang-sayang. Baik lelaki atau perempuan memang mudah je dia orang panggil sayang ni. Orang sekarang pun dah tak hairan sangat dah dengan perkataan sayang tu, macam dah tak laku.

Eh, kalau belum kahwin dah ringan sangat mulut panggil sayang, nanti lepas kahwin dah tak ada kemanisannya pula dah. Mana tidaknya, dah selalu sangat dengar panggilan sayang tu.



Itu kalau korang yang bercinta, tapi kalau jenis tak bercinta tapi main suka panggil sesiapa je sayang tu, lagi parah. Dengan kawan sekerja panggil sayang, dengan pelanggan pun panggil sayang. Aduhh, ringan betul mulut tu ye!

Korang tahu tak Adam Corrie, panggil isterinya sayang selepas akad nikah ye. Itu sebab mereka ini jadi pasangan romantik. Haa, jom baca sedikit nasihat dari Adam Corrie ini.

Pesanan untuk diri sendiri dan kaum adam serta wanita yang sudah berkahwin atau bujang...

Saya panggil isteri saya Sayang hanya selepas akad nikah. sebelum akad nikah kami bahasakan diri kami atau Saya dan Awak.



Jangan biasakan diri panggil wanita lain yang tak halal dengan panggilan 'Sayang' seperti customer kita...rakan sekerja kita atau sesiapa saja yang berlainan jantina....

Mungkin bagi kita panggilan itu tak ada apa-apa ,aksud...tetapi sebenarnya ia tidak manis sekiranya didengar oleh lain...dan takut juga kalau dah kerap sangat panggil sayang...nanti lain pula jadinya....

Khaskan ungkapan 'sayang' kepada insan yang tidak mendapatkan fitnah pada diri kita nanti.

Sayang, tolong ambil faxkan untuk i...

Sayang , nak size dan warna apa?

Adalah lebih manis kita panggil pelanggan berlainan jantina dgn kita Encik/Puan/Cik

Bayangkan kalau pasangan halal mereka tersebut dengar? Kan akan menjadi fitnah... 

Jadi jagalah adab dalam pergaulan kita seharian.

Tepuk dada sendiri , tanya iman kita. Pastikan niat kita betul hanya kerana ALLAH.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik

InsyaAllah hati tenang

P/s: saya sedang belajar menjaga adab dan menjaga harga diri sendiri dan org lain.

Takut isteri saya marah? Bukan takut tapi saya sayang sangat dan Mestilah saya nak jaga hati bidadari saya... jaga hati pasangan halal lebih baik...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,502 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen