Eh, Ingatkan Orang Perempuan Je Yang Ada 'Eddah' Tapi Rupanya Lelaki Pun Ada 'Eddah' Selepas Bercerai. Haa, Tekejut? Ini Penjelasan Encik Peguam Kita.

 

Selalunya yang kita tahu adalah eddah isteri yang diceraikan serta isteri yang kematian suami kan? Tak penah pula kita dengar orang lelaki yang bercerai pun ada eddah juga.

Haaa, tekejutkan?

Lepas ni kalau bercerai tak boleh la senang-senang orang lelaki nak kahwin baru. Kena tunggu habis eddah dulu baru boleh kahwin.



Tapi bila eddah orang lelaki ini akan habis dan boleh kahwin lain, kalau orang perempuan ada yang kena tunggu 3 kali suci atau selepas bersalin. Orang lelaki punya macam mana?

Dari kita main teka teki tak tahu apa, lebih baik kita fahami penjelasan Peguam Syarie, Fahmi Ramli ini dulu. Dah jelas, dah faham barulah boleh kahwin. Ehhh, tapi kalau single sabar dulu okay!

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’

Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwin dengan sorang perempuan ni, tapi saya pi pejabat agama, depa tak bagi saya nikah. Depa suruh saya pi Mahkamah. Pasai pa pulak ni Tuan?”

Ni mesti cik tak habis eddah lagi ni, betul tak? Muka dia kerut penuh soal, betul ke tak peguam ni. Takkan la laki ada eddah. Nak tunggu berapa lama pulak. Mesti ramai yang hari ni baru tahu, sebenarnya lelaki juga ada tempoh eddahnya sebelum dia berkahwin dengan seseorang perempuan.

👉🏻 Mengikut kitab Al-Mu’tamad dalam Fiqh Mazhab Syafie (rujukan saya dan yang paling muktabar) ‘iddah adalah tempoh wanita menahan diri bagi mengetahui kekosongan rahimnya atau untuk beribadah. Ia juga bermaksud menahan diri dan bernikah setelah diceraikan suami mereka.

👉🏻 Ia adalah sesuatu ketetapan yang telah diwajibkan mengikut dalil yang sangat bertepatan dengan syarak sama ada daripada dalil ayat-ayat al-quran, hadis nabi dan juga ijmak ulamak muktabar.

👉🏻 Eddah untuk suami ini sebenarnya tidak ada di dalam syarak sebabnya mana-mana lelaki yang bercerai sama ada rajie atau bain, boleh menikahi mana-mana perempuan SELAGI tiada halangan Syarak. Jika ada halangan, itulah yang dikatakan lelaki juga mempunyai tempoh ‘bereddah’ iaitu menahan sebentar sebelum berkahwin dengan wanita lain.

Antara halangan tersebut adalah :

✅ Apabila seseorang lelaki yang telah menceraikan salah seorang daripada isterinya yang empat dan ingin berkahwin dengan isteri yang kelima. Dalam hal ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu sehingga tamatnya tempoh ’iddah isterinya yang diceraikan tersebut.

✅ Seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talaq tiga. Dalam keadaan ini, sekiranya lelaki tersebut ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka beliau hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suaminya yang baru, bercerai dan tamat ’iddah dengan suami yang baru dikahwininya tersebut.

✅ Apabila seseorang lelaki yang telahpun bercerai dengan isterinya dan ingin mengahwini perempuan yang mahram dengan bekas isterinya seperti saudara perempuan kepada bekas isteri, ibu saudara kepada bekas isteri, anak saudara kepada bekas isteri dan lain-lain. Dalam situasi ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu tempoh ’iddah isterinya berakhir terlebih dahulu

👉🏻 Eddah bagi lelaki ini selain bertujuan halangan mengikut syarak tersebut, sebenarnya bertujuan untuk memelihara hak isteri yang baru diceraikan secara talak rajie juga. Sebab itu, sekiranya seorang suami ingin berkahwin dengan wanita lain sedangkan tempoh eddah isterinya belum berakhir, suami tersebut perlu membuat Permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah.

👉🏻 Ini kerana suami tersebut masih boleh merujuk kembali isteri yang diceraikan dan mungkin suami boleh ambil kesempatan untuk berpoligami sekiranya dibenarkannya untuk berkahwin dengan wanita lain semasa eddah isterinya.
Orait, boleh faham ke sekarang. Siapa yang rasa ini ilmu baru yang dia tahu? Cuba tag dan kongsikan pada rakan-rakan anda dengan tekan butang share sekarang. Paling tidak pun, sampaikan peringatan ini pada rakan lelaki yang baru bercerai.

Jangan Kalut Sangat Nak Menikah, Sabaq Sat
Fahmi Ramli

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,665 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen