Rupa-Rupanya Wanita Solehah, Beriman & Mentaati Suami Ini Besar Ganjarannya Di Akhirat Kelak, Buat Yang Bujang Itu Apa Lagi Jom Kita Jadi Wanita Solehah.

 

Niat kita kalau berkahwin ini untuk selama-lamanya kan, sebab kan dah sayang dan cinta akan pasangan kita itu. Kalau boleh nak bersama dengannya hingga ke syurga bersama pasangan kita ini.

Dapat ke kita jumpa di akhirat nanti dengan pasangan kita? Ataupun adakah pasangan kita itu akan ditemani bidadari syurga dan bukannya kita yang merupakan isterinya.



Kalau nak teman suami hingga ke syurga kenalah jadi isteri yang solehah, taat pada suami serta beriman. Besar ganjarannya menanti anda di akhirat kelak. Macam yang dikongsikan oleh Azie Shaziana Syari'e ini.

Sebenarnya beberapa hari yang lalu, saya terjumpa tafsir dalam Al-Quran yang menyatakan:

"Di syurga nanti, tiada orang yang bujang. Setiap lelaki disediakan dua orang bidadari sebagai isteri yang kekal abadi keperawanannya."

 

كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ

“Demikian juga kami nikahkan mereka dengan para bidadari surga” (QS. Ad Dukhan: 54)

Allahuakbar, terbakar api kecemburuan! Lalu cuba lagi mencari apa maksudnya. Saya cuba mendengar kuliah Ustaz Wadi Anuar. Ya benar! Suami-suami kita nanti dapat isteri bidadari yang tak tertanding cantik wanita dunia ini.

Bayangkan, jika bidadari meludah ke dalam selautan air, maka air laut yang masin akan menjadi tawar. Jika di dunia ini kita berbuat jahat pada suami, maka dua isteri mereka di syurga akan menjerkah kita.

"Celakalah dikau wahai si isteri."

Eh? Kuliah ustaz ini membuatkan saya semakin cemburu dan tidak puas hati. Untunglah si suami mendapat bidadari yang tak tertanding kecantikannya, sedangkan kita ini biasa-biasa sahaja.

Habis, kita ini di syurga jadi apa pula?

Rupa-rupanya untuk wanita yang solehah, beriman dan mentaati suaminya, ganjarannya lebih besar. Wanita yang masuk syurga akan menjadi lebih cantik berganda-ganda dari bidadari. Jadi Ketua Bidadari lagi dan sebab itu dikatakan bidadari akan cemburu pada wanita solehah.

Sebaik sahaja kita minum air dari Telaga Rasulullah S.A.W yang diberi nama Al-Kausar, Allah S.W.T akan beri kita dua perkara.

i. Allah akan memberikan Nur kepada wajah kita.

ii. Allah cabut semua perasaan dengki, cemburu, iri hati dan segala perasaan jahat yang pernah ada dalam diri manusia.

Maka berbahagialah penduduk dalam sebuah negara yang diberi nama syurga. Jom buat bidadari cemburu dengan kita.

Macam mana nak menjadi wanita solehah? Salah satunya, jaga aurat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen