Wanita-Wanita Sekarang Memang Pandai Berdikari, Tapi Buat Bakal-Bakal Suami Jangan Pandang Sambil Lewa Pula, Bila Dah Jadi Milik Korang Curahkan Perhatian Secukupnya.

 

Zaman sekarang ini dah berata kitab oleh nampak wanita-wanita yang mampu berdikari dan boleh bangun dengan kaki mereka sendiri. Malah wanita-wanita seperti ini bagaikan satu kesukaan orang lelaki kerana merasakan bahawa mereka ini sangat menyenangkan.

Tapi jangan salah anggap, wanita yang berdikari ini memang boleh buat semua perkara sendiri, malah apa sahaja yang dimahu pasti akan diperolehi. Tapi kalau mereka ini dibiar lama kelamaan nanti akan lebih sensitive dan juga tawar hati.



Sebab itulah kalau pasangan orang ini antara wanita yang berdikari dan mampu penuhi keinginan sendiri, jangan ambil peluang ke atasnya tapi beri perhatian dan curahkan kasih sayang yang mencukupi kepadanya barulah hubungan akan lebih bertahan lama.

Macam kisah yang dikongsikan oleh Mohd Fhais ini, wanita berdikari ini hanya perlukan perhatian daripada insan bernama suami. Jadi suami-suami jangan sambil lewa je.



Wanita Berdikari

Semalam petang ambil rania terus ke al ikhsan beli kasut sukan ni.

Isteri cakap kasut yang beli hari tu keras sangat, kaki jadi sakit bila pakai. Jadi dia nak beli kasut baru yang lebih baik untuk ke kelab fitness dia.

Satu sen pun dia tak minta duit dari saya. Semua dia beli guna duit sendiri. Dari yuran kelab sampai la ke pakaian dan sekarang kasut pula. Dia tak pernah meminta dengan saya.

Tapi setiap hari dia mesti cerita pengalaman masa di kelab tu.



Apa dia buat. Apa yang ada di dalam kelab tu. Bagaimana trainer tu mengajar. Berapa orang ada masa tu. Ada sofa, ada dapur dah macam rumah. Malah dia tersadung kaki masa sedang menari pun ada dia ceritakan pada saya.

Dia punya bercerita sangat terperinci sehinggakan saya boleh bayang seolah-olah saya ada di sebelah.

By the way kelab fitness tu untuk wanita sahaja, lelaki tak dibenarkan masuk. Tak mungkin saya boleh tahu keadaan di dalam.

Pada pandangan saya asalkan dia gembira dan sihat cukup memadai dah, tak perlu pun cerita. Bukan kita boleh komen apa-apa sebab tak ada kat situ.

Tapi saya perasan semakin banyak dia bercerita, nada suara dia semakin berubah. Semakin lama nada suara tu jadi semakin enak di dengari.

Makin saya fokus dengar makin lebar pula senyuman terukir di bibir. Semakin kerap pula ketawa padahal cerita tersadung kaki patut sakit.

Jelas terpancar kegembiraan ketika dia bercerita. Bukan gembira sebab pengalaman tu sendiri tapi gembira sebab suami betul-betul beri perhatian masa isteri bercerita.

Itulah wanita. Dia bukan minta sangat pun kita tanggung dia, malah ada wanita boleh tanggung diri sendiri.

Apa yang dia perlukan cuma perhatian. Jika korang mahu isteri makin gembira setiap hari mudah je, ajak diorang bercerita. Lepas tu bagi perhatian, nescaya senyuman lebar akan terukir dengan mudah.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Wanita berdikari itu bagus tapi wanita berdikari yang ada lelaki di belakang sentiasa menyokong itu lebih bagus.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen