Kalau Nanti Dah Kahwin, Korang Kena Duduk Berjauhan Dengan Pasangan.. Macam Mana Korang Nak Handle? Haa.. Jom Baca Tips Rumahtangga PJJ Ni.

 

Ingat senang ke kalau baru-baru kahwin ni dah kena duduk berjauhan. Rasa nak nangis kalau nak jumpa itu terpaksa tunggu berbulan mahupun berminggu. Mana-mana pasangan yang pernah jalani hubungan jarak jauh pastinya sangat merasakan akan perkara ini.

Mana-mana pasangan yang terpaksa menjalani hubungan seperti ini sudah tentunya mereka ini adalah antara orang-orang yang kuat, sebab itu diberi ujian seperti ini. Jadi kalau korang dah kahwin nanti dan terpaksa melalui hubungan jarak jauh, maka anggap sahaja bahawa ini ujian buat korang.

Bersyukurlah korang masih lagi berpeluang untuk berjumpa pasangan korang dan bermanja dengan dirinya. Haa, kalau korang rasa tak bersedia atau tak mampu, meh cuba baca tips yang dikongsi oleh Firdaus Mokhtar ini.

Hari tu saya ada dapat kes suami tekanan sebab tinggal jarak jauh dengan isteri. Kita biasa panggil PJJ.



PJJ ni istilah pendek untuk Percintaan Jarak Jauh. Haa! Nama pun sweet. Tapi berjarak fizikal. Seorang dekat Perlis sana, seorang dekat KL.

Mulanya baik-baik aja. Tapi lama-lama mesti ada hal yang buatkan mereka kerap bergaduh. Iyalah bila dah berjarak ni, ada sahaja hal yang jadikan mereka salah faham.

Iya, kita faham. Hidup rumahtangga yang macam ni tak mudah. Saya pun ada ramai kawan-kawan yang begini. Mereka ada kongsikan dengan saya beberapa tips.

Ini tips untuk rumahtangga PJJ;

1. Kena selalu berhubung.

Sekarang dah banyak medium nak berhubung. Berhubung yang ini kita fokus pada mesej. WhatsApp ada, Telegram ada atau FB messenger pun ok. Tak kesah lah kalau terpaksa mesej pagi, petang, siang, malam.

Supaya pasangan kita tahu, kita selalu ambil berat tentang dia.



2. Hantar pesanan bergambar.

Maksudnya hantar lah gambar selalu. Macam orang bercinta, kan selalu hantar gambar selfie. Dah kalian tinggal seorang, memang selfie lah kerjanya.

Tengah masak pun hantar gambar, tengah jem hantar gambar, dekat pasar hantar gambar. Kadang tengah kena marah dengan bos pun sempat hantar gambar.

3. Telefon hari-hari.

Ini antara tips yang paling utama dia kata. Dengar suara pasangan kita. Kalau duduk serumah, boleh bersembang bila masing-masing dah balik rumah.

Kalau duduk berjauhan ni, kena juga dengar suara pasangan hari-hari. Ini terapi dalam rumahtangga. Suara dan kata-kata pasangan kita tu, kadang jadi ubat ketenangan.

Alah nak bercakap telefon sekarang dah murah. Kalau pakai WhatsApp call tu, kalian boleh bercakap tanpa henti berjam-jam. Sebab pakai data internet.

Kalau ambil pakej famili dengan telco, boleh dapat pakej telefon tanpa limit. Telefonlah 24 jam pun tak apa.

4. Tulis kad atau surat cinta ke pasangan.

Ini rare. Tapi yang biasa buat akan rasa istimewa. Kalian yang PJJ kan duduk rumah asing-asing. Haa! Kirimlah surat.
Tak payah tulis panjang-panjang, tulis sikit sikit pun tak apa. Sembur pewangi sikit, lepas tu pos.

Pasangan PJJ je mengerti perasaan bila surat ni sampai. Kan?



5. Bagi hadiah.

Ini biasanya buat kejutan (baca surprise). Sekarang pun dah banyak servis hantar bunga, belon, teddy bear, kek dan macam-macam lagi.

Kalian order, nanti sampai lah ke rumah atau tempat kerja pasangan.

Ada lagi best, tempah Grab Food hantar terus ke rumah pasangan kalian. Ini pun sedap. Hari tu isteri saya buat ke saya masa dia dalam wad. Kahkah.

Dia dalam wad, saya dengan anak-anak dekat rumah. Punyalah dia fikirkan kami ni, tahu-tahu Grab Food sampai hantar makan. Terharu weh!

6. Ini poin penting. Kalau berlaku salah faham, telefon dan bincang terus.

Hal kalau dah sampai level kena bercakap serius dan key tinggi, kalian telefon lah terus. Hubungi dan bercakap guna suara terus.

Elakkan berbincang hal penting guna mesej. Mesej dekat WhatsApp ni tak ada suara. Kadang intonasi kita bagi lain, pasangan kita faham lain.

Sudahlah tengah bercakap hal salah faham, bertambah keruh lagi lepas tu bila dia salah tafsir maksud mesej kita.

Begitulah. Ada banyak lagi. Tapi ini yang saya rasa utama. Soal nak kena jujur, percayakan pasangan itu dah jadi soal nombor 1 lah. Kita tak bercakaplah tentang itu.

Kalau itu pun kalian tak buat, barailah cerita dia.

Baik, rumahtangga PJJ ini ujian dia besar. Maka, tak ada lain kekuatan yang kita harap dalam menghadapi hari-hari kita cuma pada Allah.

Setelah usaha yang kalian buat atas rumahtangga kalian, serahlah kepercayaan dan keyakinan kalian pada Tuhan. Berbaik sangka tanpa ada ragu sedikit pun.

Jaga hubungan kalian dengan Allah. Sembahyang jaga. Ini paling utama. Maksiat jauhkan. Mudah-mudahan Allah pelihara rumahtangga kalian selamanya.

Amin.

Firdaus Mokhtar,
Pesanan ini untuk suami isteri PJJ sahaja tahu. Bukan pakwe makwe PJJ. Aku sebat kau karang kalau pakwe makwe PJJ nak amal tips ni.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen