Yang Bujang Mestilah Nak Sentiasa Bergaya Dan Up-To-Date, Tapi Bajet Tak Cukup Pula, Jangan Risau Cuba Baca Ini Dulu.

 

Biasalah kita orang bujang kan mestilah nak sentiasa bergaya dan miliki penampilan yang menyenangkan mata, tapi bajet selalu tak mengizinkan kita nak bergaya dan melaram ni. Aihh, kalau nak beli barang mahal dan banyak nanti gaji tak sampai hujung bulan pula. Macam mana nie?

Baik lelaki atau perempuan sudah tentu akan berdepan dengan masalah seperti ini bukan? Kalau tidak jaga penampilan ketika masih bujang ini takut nanti memang tak laku-laku lah diri kita ini. mana tidaknya, bakal pasangan tengok tak senang mak mertua pula tengok tak berkenan.



Tapi jangan risau, kalau korang rasa tak mampu nak beli baju yang mahal-mahal dari butik yang mewah. Korang boleh je beli baju-baju yang lawa-lawa dekat 4 tempat ini.

Harga mampu milik, dijamin puas hatilah buat rakyat marhaen macam kita ini.



1. Beli secara online.

Macam yang selalu kita tengok barang dekat online ini tak adalah mahal macam dekat butik-butik berjenama kan? Tetapi kalau ikutkan design boleh dikira sebagai lawa dan setanding juga dengan barangan berjenama.

Bukan itu sahaja, beli barang secara online ini juga sebenarnya jimat dari segi penggunaan minyak kereta dan motorsikal. Apa yang korang tahu barang dah sampai depan rumah. Barang dah murah, jimat pun dah jimat, apa lagi yang korang nak kan?

2. Beli masa diskaun.

Masa yang sesuai nak beli baju idaman korang tuh, waktu ada sale lah pilihan yang terbaik. Kalau ada potongan 50% atau 70% itu adalah sangat terbaik untuk korang beli. Walupun ramai yang kata masa promosi ini harga pakaian tersebut adalah sama, tetapi kalau harga jatuh dengan banyak dan berbeza dengan harga dulu, itu sudah tentu bukan menjadi masalah untuk korang.

Nak jimat belilah baju mase ada sale!



3. Beli di pasar malam.

Jangan malu nak pakai baju pasar malam, walaupun harganya murah. Kalau korang pandai gayakan pasti baju tersebut akan kelihatan lebih ada class dan mahal. Beli di mana itu bukan masalahnya tetapi bagaimana korang gayakan itu lebih utama.

4. Beli barangan bundle.

Siapa kata beli barang bundle ini tak ada class? Barang bundle ni walaupun bukan barang baru tapi masih memiliki kualiti yang baik. Malah harganya jauh lebih murah berbanding baju-baju yang berada di kedai-kedai luar sana.

Cuba bayangkan kalau korang boleh beli baju yang lawa semurah RM5 dan RM3 mana korang nak cari semurah ini kan? Barang masih cantik dan harga yang murah sesuai untuk korang yang nak bergaya tu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,626 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen