Jangan Hilang Kawan Sebab Kekasih, Ini Tips Nak Jaga Hati Kedua-duanya.

 

Selalukan kita dengar kalau dah ada kekasih hati memang kawan dilupakan terus. Bila susah cari kawan, bila senang cari pakwe, atau, makwe. Itu lah yang selalu kawan-kawan yang single cakapkan.

Ala, biasalah orang tengah hangat bercintakan, bukan dia peduli dengan orang lain. Bagi mereka sudah cukup kalau mereka berdua je yang ada. Itu yang kawan-kawan sekeliling macam tak penting je tu.



Biasanya keadaan seperti ini akan membuat rakan-rakan disekeliling terasa hati, lagi-lagi kalau mereka ini rakan karib korang. Call dah jarang sekali, nak jumpa pun memang taka da peluang la sebab tengah sibuk berkepit dengan kekasih hati.

“Orang kata biar hilang kekasih hati, jangan hilang kawan. Nanti susah siapa nak tolong?”

Jadi korang-korang yang sedang hangat bercinta ini kenalah bijak bahagikan masa antara rakan dan juga kekasih hati korang tu. Kalau takt ahu macam mana, jom ikuti tips ini.



1. Pilih keutamaan.

Biasanya ramai sahaja yang sanggup hilang kawan berbanding kekasih kan? Bahkan perkara ini kerap terjadi disekeliling korang kan. Ala korang pun sebelum jumpa kekasih mengeluh akan hal ini juga. Jadi tak akan korang nak jadi macam kawan-kawan korang yang dah ada kekasih lupakan kawan tu. Mestilah tak nak kan.

Haa, jadi apa nak buat adalah korang kena lah bijak nak utamakan mana dulu. Kalau rasa macam dua-dua penting, maka korang pilihlah ikut situasi pula.

Sebagai contoh, kawan korang perlukan bantuan, sedangkan masa itu korang dah janji untuk jumpa kekasih hati korang, jadi pilih la kawan korang dulu. Tapi kalau takut kekasih korang itu merajuk, bawa je dua-dua sekali, senang cerita.

2. Ajak pasangan untuk join kawan-kawan korang sekali.

Biasa pasangan korang tu rasa malu dan rasa tak sebulu lah dengan kawan-kawan korang kan. Biasalah saling tak kenal kan? Tapi jangan sebab ini korang lebih sisihkan salah satunya. Apa kata korang ajak pasangan korang tu join korang sekali.

Macam kalau keluar lepak bawa jela pasangan korang tu, sama juga macam kalau korang nak keluar dengan kekasih korang tu. Seratakan je dua-dua ni, tapi pada masa yang sama korang kena lah bijak untuk lebihkan masa antara keduanya ini.



Kang tak pasal-pasal timbul pula kata “lebihkan kawan-kawan pula”. Pening kepala nanti. Bila nak romatik tu, cukuplah korang berdua je.

3. Lakukan aktiviti serentak.

Setiap orang ada hobi masing-masing kan? Sama juga korang dengan kawan korang tu. Jadi sebagai pasangan sudah tentulah mereka ini akan akan sokong hobi korang kan, kata sayang. Jadinya cuba untuk libatkan pasangan korang sekali dalam aktiviti korang tu. Jangan biar dia lebih dekat dengan kawan-kawan korang barulah nanti mudah nak handle apa-apa yang melibatkan kawan.

Akan tetapi lebih elok kalau pasangan korang tut ahu hormati masa peribadi korang. Menurut Persatuan Psikologi Amerika , satu ciri hubungan sihat adalah saling menghormati privasi masing-masing. Hanya kerana korang dalam hubungan tidak bermakna korang berdua terpaksa melakukan semuanya bersama-sama.

Memang betul kalau kita cuba menjaga hati kedua-dua mereka ini akan memenatkan, akan tetapi cuba korang bayangkan kalau terpaksa hilang salah satu dari kedua mereka ini. Sanggup ke?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,129 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen