Kulit Wajah Kotor Punca Sukar Dapat Jodoh? Apa Tips Membersihkannya? Nak Guna Air Dingin Ke Air Panas?

 

Wajah sangat memainkan peranan penting buat seseorang, terutama jika ia melibatkan keyakinan seseorang. Sebab rata-rata diantara kita akan cuba memfokuskan kulit wajah dahulu berbanding bahagian tubuh badan yang lain.

Selain memilih produk kulit yang sesuai mengikut keadaan kulit, suhi air untuk membasuh wajah anda juga mempunyai peranannya tersendiri.

Sudah tentu ada diantara kalian akan menggunakan air suam untuk mencuci kotoran pada wajah, bahkan pada masa yang sama juga ada yang memilih air sejuk. Haa, tapi yang mana lebih baik dan sesuai untuk kulit wajah korang tu?



Apa yang kita tahu, setiap hari kulit akan terdedah dengan segala kotoran pada seperti kuman, peluh, dan habuk. Jadi kalau tidak dicuci dengan betul sudah tentu akan akan membuat kulit wajah anda itu bermasalah.

Apa jadi kalau tak jaga kulit wajah dengan betul? Sudah tentulah akan berlaku pori-pori tersumbat, muncul jerawat malah akan membuat kulit wajah lebih cepat menua dari umur sebenar. Sebab itulah membersihkan kulit wajah dengan betul adalah sangat penting.



Jadi air sejuk atau suam yang lebih baik?

Menurut Dr. Michael Barnish, doktor estetika di Klinik Jonquille Chantrey menyatakan bahawa air sejuk bleh mengunci suhu teras, mengecilkan pori-pori serta membantu meningkatkan tekstur dan penampilan air.

Malah menurut seorang penasihat kecantikan, air sejuk ini sangat bagus untuk kulit.


Sementara itu, mencuci muka anda dengan air suam juga mempunyai manfaatnya sendiri. Mencuci muka anda dengan air suam dapat memudahkan peredaran darah di muka. Ini membolehkan darah dan nutrien disalurkan dengan betul ke semua sel kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Di samping itu, pendedahan kepada air suam juga melegakan otot-otot di sekeliling muka dan membantu meluaskan pori-pori kulit menjadikannya lebih mudah untuk dibersihkan.



Tapi mana yang elok sebenarnya?

Kedua-duanya sangat elok untuk kulit wajah anda sebenarnya. Akan tetapi ia semuanya berhantung pada kulit wajah itu sendiri. Ada yang lebih sesuai dicuci menggunakan air suam bahkan ada juga yang sesuai untuk air sejuk.

Air sejuk mungkin lebih sesuai untuk mencuci muka apabila anda mengantuk. Kesegaran air yang sejuk dapat membuat muka dan mata lebih segar. Tapi pilihan di tangan anda, jadi pilih dengan bijak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen