Untungnya Dia Kahwin Muda. Usia 35, Anak Sudah Dibangku Sekolah Menengah. Tunggu.. Apa Tips Kebahagiaan Rumahtangga Dia?

 

Siapa je kalau diberi peluang tak nak rebut untuk berkahwin pada usia yang muda ini. Perkahwinan di usia yang muda ini memang banyak kebaikan dan manfaatnya. Walaupun kita lihat akan keseronokan apabila berkahwin pada usia yang muda, tetapi ia memerlukan korang untuk bersedia dari segi mental dan fizikal.

Seperti yang kita tahu bahawa ujian dalam alam perkahwinan ini banyak dugaannya, akan tetapi bila berkahwin pada usia yang lebih muda dari orang lain, ujiannya juga akan berlebihan.



Perkahwinan ini bukan satu perkara yang remeh, jadi sebelum ambil apa-apa keputusan lebih baik kalau korang dapatkan nasihat dari mereka yang lebih pakar dalam alam perkahwinan sebagai contoh ibu bapa korang sendiri.

Apabila korang memilih untuk memikul tanggungjawab pada usia muda ini, pastikan korang bersungguh-sungguh dengan tanggungjawab tersebut. Biasanya kahwin awal ini banyak mulut yang akan mengata tapi buktikan pada mereka yang korang betul-betul serius.

1. Niat

Pastikan korang perbetulkan niat korang dulu, jangan hanya niat kerana nafsu semata-mata tetapi niatlah bahawa perkahwinan yang terbina ini untuk mencari keredhaan Allah. Di samping itu untuk mengelakkan perkara yang dilarang oleh Allah. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan oleh-Nya.


2. Restu

Kadang kala ibu bapa bukan tak restu akan perkahwinan di usia yang muda ini, tetapi mereka masih lagi menganggap kanak-kanak yang perlukan perhatian dari mereka. Jadi bila nak korang suarakan rasa nak kahwin pada usia muda ini buatkan mereka tersentuh.

Tapi apa-apa pun, pastikan korang dapat restu dari orang tua. Barulah sebuah perkahiwnan itu lebih berkah dan berpanjangan.



3. Pendapatan untuk menyara pasangan.

Perkara ini akan lebih tertumpu kepada orang lelaki, di mana kalian akan menjadi ketua keluarga yang memikul segala tanggungjawab. Jadi sebelum korang fikir untuk berkahwin pastikan korang sudah tahu bagaimana untuk mencari wang serta mengendalikan kewangan dengan baik.

Ingat, suami kena beri nafkah kepada isteri dengan memberi tempat tinggal, makan minum serta pakaian buat anak isteri.

4. Saling membantu

Baik diri korang ataupun pasangan korang kena ada sikap saling membantu ini. Sebabnya bila kahwin muda ini semuanya masih belum sempurna lagi. Tidak kiralah kewangan, kestabilan serta emosi sendiri. Jadi kalian sebagai suami isteri perlu saling bantu membantu untuk pertahankan hubungan yang terbina.



5. Pelihara pandangan

Apa yang penting dalam hubungan korang yang masih terlalu muda ini adalah korang kena saling menjaga pandangan mata. Haa, ini perkara yang paling sukar sekali sebenarnya. Bila korang dah kahwin korang patut fokus pada pasangan sahaja, jangan cuba nak berikan perhatian kepada orang lain pula.

Walaupun pada ketika ini akan datang yang lebih baik sekali pun, tetapi korang kena yakin bahawa pasangan korang adalah yang terbaik.

6. Merancang keluarga

Apa yang paling korang kena tahu dan jaga adalah perkara ini. Bila berkahwin pada usia yang muda, korang kena lebih bijak untuk merancang keluarga. Mana tidaknya, masa ini korang kan belum memiliki kewangan dan kehidupan yang selesa serta stabil.

7. Matang

Dalam perkahwinan ini korang perlu matang, tak kisahlah kahwin pada usia yang muda ataupun tak, tapi korang kena berfikiran matang, serta rasional. Jangan semua perkara nak ikutkan emosi dan darah muda sahaja. Nak kahwin bukan untuk sehari dua, kalau boleh nak kekal selama-lamanya.

Perkahwinan pada usia muda ini tidak mudah, malah ia akan bermain dengan emosi korang. Akan tetapi ia banyak keindahan dan manfaat yang baik bila anda berjaya mengharunginya bersama-sama pasangan korang. Apa yang penting bila korang kahwin pada usia muda ini korang akan rasa lebih bahagia.

Allah SWR berfirman, “Di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Dia mencipatkan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan ia menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian. Sungguh pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [ar-Rum:21]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen