Busuk Petai Bukan Sebarang Busuk, Busuknya Banyak Khasiat.

 

Petai ini walaupun baunya busuk dan kurang menyenangkan tetapi ia tetap mempunyai peminatnya sendiri. Sudah tentu diantara kita ini sememangnya gemar memakan petai sebagai ulaman ataupun dimasukkan di dalam masakan.

Rasa pahit-pahit petai ini lagi enak kalau dilawankan bersama sambal belacan yang sememangnya akan membuka selera sehingga akan menambah nasi berulang kali.

Selalunya kita cuma tahu akan petai yang mentah sahaja bukan, akan tetapi ada yang direbus, di masak dan dibuat jeruk, bergantung kepada selera masing-masing. Petai ini busuk bukan sebarang busuk, busuknya banyak khasiat.



Mengapa petai berbau busuk?

Petai boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan kerana kandungan asid amino yang terkandung dalam biji petai yang mengandungi unsur sulfur. Kandungan asid amino tersebut yang menjadikan biji petai menghasilkan bau yang sangat menyengat dan tidak enak.

Kandungan nutrisi petai

Ia adalah sejenis tumbuhan yang kaya dengan mineral seperti kalium, mangan, kalsium, zat besi, zink, tembaga dan fosforus. Selain itu, ia turut kaya dengan kandungan vitamin seperti vitamin A yang hadir dalam bentuk beta-karoten, vitamin B1, vitamin B6, folat, dan vitamin C. Selain itu, ia adalah sumber protein yang sangat baik, rendah lemak dan serat makanan dan rendah gula, menjadikannya sesuai untuk pesakit diabetes jenis 2.



Manfaat kesihatan daripada petai

1. Mengawal tabiat merokok

Petai juga boleh membantu individu yang ingin cuba berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang terdapat dalam petai, bersama-sama dengan kandungan kalium dan magnesium, membantu tubuh badan untuk menyesuaikan diri akibat daripada nicotine withdrawal.

2. Stres

Kalium adalah mineral penting yang akan membantu menstabilkan denyutan jantung, menghantar oksigen ke bahagian otak dan juga mengurus keseimbangan air tubuh manusia. Apabila kita berasa cemas, kadar metabolisme kita akan meningkat. Oleh itu ia akan menurunkan tahap kalium dalam tubuh kita. Hal ini boleh diseimbangkan dengan pemakanan petai yang tinggi dengan kandungan kalium.

3. Strok

Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, penyelidik mendapati bahawa tabiat memakan petai setiap hari mampu mencegah kematian akibat strok sebanyak 40%.

4. Menurunkan gula darah bagi penghidap diabetes dan mengurangkan kolesterol

Penyelidikan saintis di Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa petai mengandungi ekstrak kloroform yang mengurangkan kadar glukosa darah dalam tikus diabetes yang disebabkan oleh alloxan. Kajian juga mendapati kesan hipoglisemik petai dikaitkan dengan dua sterol tumbuhan yang utama yang terdapat dalam buah dan podnya. Ia berfungsi secara bersama untuk menghasilkan kesan anti-diabetes. Sterol tumbuhan telah terbukti menurunkan tahap kolesterol LDL, sekali gus membantu mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.

5. Pedih ulu hati

Petai mempunyai kesan antacid semula jadi di dalam tubuh badan. Oleh itu, apabila anda mempunyai masalah dengan pedih ulu hati, cuba gunakan petai untuk memberikan kelegaan kepada tubuh anda.

6. Kekalkan awet muda

Orang asli mempercayai dengan makan petai dapat mengekalkan awet muda agak tampak lebih muda. Jadi, tak perlu ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup.



Kesan sampingan petai jika dimakan secara berlebihan

Terdapat beberapa kesan sampingan petai jika ia dimakan secara berlebihan. Ini termasuklah:

1. Meningkatkan asid urik dan reumatik.

Petai boleh meningkatkan tahap asid urik dalam badan. Ini disebabkan kandungan purine petai yang tinggi. Petai adalah salah satu makanan yang berpotensi menyebabkan kemunculan gangguan reumatik pada seseorang. Perkara yang perlu diperhatikan jika seseorang mengambil terlalu banyak petai adalah gejala arthritis yang boleh dirasakan.

2. Menyebabkan pening atau sakit kepala

Kesan sampingan lain penggunaan petai yang berlebihan akan menyebabkan pening kepala dan sakit kepala. Petai mempunyai kandungan semula jadi yang dapat merangsang kemunculannya.

3. Nafas yang berbau

Salah satu kesan sampingan petai yang paling jelas dan disedari ialah ia boleh menyebabkan nafas berbau. Perlu diketahui bahawa buah petai adalah sejenis makanan yang mempunyai aroma yang sangat luar biasa. Sudah tentu, penggunaan petai yang berlebihan dapat menyebabkan seseorang mengalami nafas berbau.

4. Menyebabkan gangguan pada buah pinggang

Satu lagi bahaya penggunaan sayuran ini ialah ia boleh menyebabkan gangguan organ buah pinggang. Organ buah pinggang adalah salah satu organ yang boleh mengalami gangguan ketika seseorang mengambil petai, terutama jika dimakan dengan jumlah yang terlalu banyak. Petai mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang pada buah pinggang. Oleh itu, penggunaan petai mungkin perlu dihadkan untuk pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang. Buah petai adalah tinggi dengan kandungan protein, dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kesan buruk pada buah pinggang anda. Lebih penting lagi, selepas anda memakannya, terdapat bau yang tidak hanya berakhir di meja makan, tetapi ia akan berada di mulut anda dalam kadar waktu yang agak lama selain ia akan muncul semula didalam air kencing anda untuk beberapa hari bergantung kepada jumlah yang anda makan.

5. Menyebabkan kembung perut

Selain itu, selepas memakannya, anda juga mungkin akan mengalami kembung perut akibat daripada gas yang terbentuk oleh pecahan karbohidrat kompleks di saluran penghadaman. Hal ini lebih mudah terjadi sekiranya anda tidak memasaknya dengan betul.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen