Bila Suami Suka Tidur Di Sofa, Isteri-Isteri Boleh Lakukan Ini Pada Suami.

 

Ingatkan bila dah kahwin ini, akan ada orang teman kita tidur tapi rupanya kena tinggal tidur kat sofa pulak. Ini adalah masalah yang mungkin ramai menganggap ia bukan satu perkara yang serius tapi kalau didiamkan je boleh makan hati isteri kita tu.

Mungkin ada isteri menganggap ini adalah perkara-perkara biasa je, tetapi ada juga menganggap ini masalah rumahtangga, kerana takut kalau-kalau suami mereka meninggalkan mereka tidur bersendirian kerana mereka ini melakukan kesalahan. Haaa, macam mana tu, kan dah salah anggap.



Baik suami mahupun isteri, sama-sama kita baca perkongsian daripada Pak Utih's Page ini. Mana tahu dia akan mengharmonikan rumahtangga kita lagi.

Isteri stres bila suami tidur di luar bilik.

Suatu ketika dahulu heboh di dalam satu lelaman sengsawang forum maya yang dianggotai oleh sembilan puluh sembilan peratus wanita-wanita, meluahkan perasaan mereka mengenai isu yang dianggap remeh oleh orang lelaki iaitu suami selalu tidur di sofa di luar bilik tidur. Berikut ialah rungutan sebahagian daripada mereka.

Isu ini juga telah saya alami. Satu ketika dulu, semasa baru dapat anak sorang, saya membaca kitab Tafsir Al Azhar karangan Pak Hamka, Surah An Nisa ayat 34, yang bermaksud ...." wanita yang kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".



Semasa membaca ayat ini saya membacanya di sofa di ruang tamu di rumah yang kami sewa di Kampong Nahkoda dulu. Terdetik di hati, “Berkesan ke terhadap isteri kalau kita pisahkan dia daripada tempat tidur ?”. Saya tertanya-tanya keberkesanan nya di atas saranan Allah ini untuk menghukum isteri yang dikhuatiri nusyuz terhadap langkah kedua iaitu pisahkan dia di tempat tidur dan kalau tiada kesan juga, boleh dipukul tetapi tidak meninggalkan kesan sebagaimana pukulnya Nabi Ayub as kepada isterinya yang ingkar.

Sedangkan kalau suami yang nusyuz, ayat 128 pula mengatakan, “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)”.

Saranan ayat ini tidak pula dianjurkan kepada isteri memisahkan suami di tempat tidurnya, tetapi hanya suluh atau diajak berbincang menyedarkan dan mendapat persetujuan secara baik. Mengapa tidak sama menghukum suami seperti mana menghukum isteri yang nusyuz?

Sedang saya tertanya-tanya ayat ini, saya terlelap. Sekitar jam tiga pagi baru saya tersedar yang saya tertidur di sofa dan terus bangun tutup lampu dan masuk ke bilik tidur terus baring menarik selimut di sebelah Mak Utih.

Semasa merebahkan badan di sisi Mak Utih, dia pula bingkas bangun tanpa melihat saya dan terus ke luar berjalan ke hulu ke hilir dan ke dapur dua tiga kali dan akhir kembali masuk ke dalam bilik dan terus baring di sisi saya tanpa melihat saya.



Disebabkan saya masih mengantuk, saya biarkan saja perlakuannya. Kelihatan seolah-olah dia tidak nampak saya.

Semasa bangun subuh, Mak Utih menepuk saya sambil meninggikan suaranya "Semalam you tidur kat mana?, puas i cari, I risau tau, you tak ada". Saya tidak menjawabnya tetapi terus bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan jawapan mengenai ayat 34 kepada saya mengenai perasaan seorang isteri sekiranya dia dipisahkan tempat tidur atau tidak tidur bersamanya pada malam itu apalagi kalau dia tahu suaminya memang ada di rumah. Memang remuk hatinya jika suami tidak tidur bersamanya.

Orang lelaki memang tidak ada perasaan sebegini. Tidur di mana pun boleh asalkan dia boleh lena sampai ke pagi. Sedangkan bagi seorang isteri, tidur bersama adalah satu penghormatan dan nilai yang amat berharga.Jika suami sudah mula tidak mahu tidur bersamanya, dirinya sudah dirasai tidak berguna lagi kepada suami yang tercinta itu.

Itu sebab rakan saya En. Bujang hairan mengapa isteri-isteri semuanya bising-bising hal remeh temeh ini. Sebab kita lelaki tidak memiliki perasan sebegini. Minda lelaki memang tidak mengaitkan aktiviti tidur dengan perasaan dan nilai emosinya. Yang penting bagi lelaki, dapat tidur dengan nyenyak untuk bangun segar esok paginya untuk memulakan tugas baru yang mendatang.



Pesanan saya:

1. Sama seperti saranan yang lain, biarkanlah suami tidur sekejap di sofa atau tertidur selepas tengok bola. Bila anda terjaga, bangun dan kejutkanlah dia dan ajak dia tidur bersama di katil dengan manja dan lemah lembut.

2. Bila dia datang ke katil tu, sediakan ruang yang selesa untuk dia merebahkan badannya.

3. Sebaik-baik saja suami ada disisi, teruslah peluk dia menandakan anda amat menghargai dirinya berada disisi anda. JANGAN BERLETER PULAK..Potong stim nanti. Ucapkan " Saya suka abang tidur di sini tau''.. Barulah suami itu faham dan rasa dirinya dihormati tidur disisi anda.

4. Melainkan suami yang jenis kuat berdengkur, memang terpaksa dipisahkan agar tidak menganggu kualiti tidur si isteri sebagaimana rungutan seorang isteri ini,

“ Tetapi selalu jugak saya rela suami tidur di tempat lain sebab dia berdengkur kuat sangat. Saya boleh jadi sakit kepala dibuatnya. He he he! kesian suami saya kan.”

Eloklah bawa dia berjumpa doktor untuk merawat penyakit berdengkurnya itu.

5. Bak kata satu ungkapan pengurusan strategik, “if you can not beat them, join them”. Kalau suami memang suka sangat tidur di luar, angkat semua “Toto” dan bantal, bentang depan tv, tidur sama-sama di luar tu.

6. Bagi seorang suami, tidur yang BERKUALITI ialah tidur yang tidak diganggu oleh sesiapa dan nyenyak sampai ke pagi. Sebaliknya bagi isteri pula, tidur yang berkualiti ialah tidur yang disertai dengan pelukan mesra oleh suaminya dari belakang, bersentuhan walaupun hanya kaki dengan kaki dan apabila terjaga bangun paginya, dia masih di dalam pelukan suami tercinta.

Selamat Mencuba

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen