Dek Kerana Tekanan Dalam Rumahtangga, Isteri Yang Dulunya Lembut Boleh Bertukar Baran.

 

Wanita ini sememangnya dilahirkan dengan penuh kasih sayang malah juga lemah lembut. Sekeras-keras wanita sudah tentu ada kelembutan di dalamnya. Tapi itu sebelum berkahwin, selepas menjadi isteri dan ibu belum tentu dia menjadi wanita yang sama seperti anda kenal dahulu.

Perangai dan sikap isteri ini sama ada baik atau buruk semuanya bermula dengan acuan si suami. Jika cukup kasih sayang, perhatian, didikan serta bimbingannya, sudah tentu sifat lemah lembut isteri itu akan kekal selamanya, kalau sebaliknya memang bertukarlah isteri menjadi singa.

Bukan isteri nak jadi macam itu, tapi kita sebagai suami yang mencorak mereka sebegitu. Sedikit kisah yang dikongsikan oleh Najmi Nawawi ini membuka mata para suami di luar sana. Jangan kerana kita, isteri dan anak menjadi sebaliknya.



Si anak tiba-tiba menjerit tidak mahu keluar dari lif. Maka si ibu menarik kasar tangan si anak untuk dipaksa keluar dari lif sambil turut menjerit. 'AKU BENCI LAH!'. Tetapi mata si ibu ketika itu sedang memandang tepat pada suaminya.

Seolah-olah yang dimarah sebenarnya ialah si suami, namun dilepaskan kepada anak-anak. Terkejut juga aku dan lain-lain yang turut sama berada di dalam lif ketika itu.

Persoalan yang timbul ialah, di manakah salahnya? atau soalan yang lebih tepat lagi, mengapa si ibu yang fitrahnya penuh kelembutan boleh bertindak sedemikian?



Kerana hakikatnya,

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini lemah lembut, tetapi mungkin kerana tekanan hidupnya, membuatkan dia berubah menjadi seorang yang panas baran.

Mana ada perempan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini penuh dengan kasih sayang, tetapi mungkin ada faktor lain yang membuatkan kasih sayangnya menjadi kering kontang.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sentiasa cermat dalam tindakannya. Mungkin kerena terlalu banyak yang perlu difikir dan diuruskannya sendirian telah mengubah tertibnya.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sifatnya memang pemalu dan lemah lembut. Tetapi mungkin kerana sering tidak mendapat penghormatan dan penghargaan sewajarnya membuatkan dia penat dan terlalu kecewa.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memastikan isteri yang kita kahwini BAHAGIA hidup bersama kita.

Kesimpulan yang ringkas tetapi besar pengertiannya.

p/s : Lihatlah isteri kita dengan penuh kecintaan dan berusahalah untuk mengekalkan segala yang baik tentang fitrah kewanitaannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,893 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen