Biarlah Isteri Nak Beli Apa Pun, Bagi Dia Orang Reward Diri Setelah Penat Berkerja. Suami-Suami Kena Faham.

 

Shopping dengan wanita ini memang tak dapat dipisahkan, nak-nak lagi sekarang semua dihujung jari. Lagi rambang mata dibuatnya, tahu-tahu je posman hantar barang dekat rumah. Haa, dapatlah jimat sikit tak payah keluar duit minyak.

Tapi kalau setiap hari banyak sangat barang boleh pening kepala juga si suaminya. Tapi inilah cara si isteri reward dirinya sendiri selepas penat berkerja. Kita sebagai suami ni, jangan pula nak halang atau kata membazir pula, sedangkan kita si suami ini beli barang yang bukan-bukan tak apa pula.



Macam yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof ini, isteri ini kalau beli barang mesti berguna dan membantu dirinya. Bukan macam si suami yang beli barang entah apa-apa.

Balik-balik rumah aku tengok ada barang pos bini aku sampai. Entah apalah yang dibelinya. Besar pulak tu. Baru je aku rasa dia beli barang online hari tu, hari ni sampai lagi barang.

Dalam hati aku rasa macam nak meledak je buat apa la asyik-asyik beli barang, asyik-asyik beli barang tiap minggu ni, tapi itulah bini kita ni macam ada instinct pulak tiba-tiba je ada suara dari dapur bagitau: 'Yang beli jam Gshock sampai 9, 10 pasang tu untuk apa ya? Yang beli kasut Adidas, Nike, Dr Martens sampai berbelas pasang ni sapa nak pakai ya? Yang beli basikal mahal-mahal sampai berkarat tak naik, buat apa ya?'. Piung, piung berdesup macam pistol dia punya suara.



'Saya beli vacuum baru yang jenis portable tak payah pakai wayar, kan senang sikit nak sedut habuk bawah sofa.' Suara tu sambung bebel.

Pesanan aku buat lelaki/suami: perempuan ni bukan jenis beli yang ngarut-ngarut macam kita. Dia orang biasa beli online untuk mempermudahkan kerja-kerja dia orang kat rumah. Periuk Noxxa, vacuum robot, iron Phillips, make up, printer Epson, air fryer, steam mop, bantal Das Abdul, ni antara barang yang biasanya jadi wish list bagi kaum perempuan (aku rasa mana-mana perempuan pun akan setuju dengan wish list ni, rasanyalah).

Dulu aku agak tak berapa berkenan, buat apalah main kutu semata-mata nak beli Iron Philips yang harga beribu, kan banyak lagi iron yang murah-murah, rupa-rupanya bila dah ada iron tu depan mata, memang jadi mudah banyak kerja seharian aku dan bini rupanya.

Bagi kaum lelaki, sematkan dijiwa korang, percayalah bila bini ko beli apa-apa barang online ke offline ke, percayalah ianya sangat-sangat bermanfaat dan berguna untuk korang seisi keluarga. Contohnya, periuk Noxxa, iron Phillips, penapis air (tak sempat minum pun air tapi orang asyik mesej nak datang service), printer Epson, vacuum robot, vacuum takde wayar, air fryer, etc etc.

Isteri ni bila lelaki beli barang ngarut-ngarut, kasut la, raketlah, playstation4prolah, kereta hotwheellah, mesin mancinglah, jam gshocklah, basikallah, motorlah, takdelah pulak dorang nak marah tapi bila je si bini nak beli bag harga RM500 mulalah si laki nak jeling, buat apalah beli mahal-mahal, padahal beg clutch LV si suami tu harga RM600.

So, pada suami, biarlah isteri nak beli apapun. Biar dia orang reward diri dia orang setelah penat bekerja.

Dalam masa yang sama, yang laki ni kenalah faham sekali-sekala bagilah sesuatu surprise kat isteri. Bawak pi makan ke, bagi bunga ke, tak payah yang mahal-mahal. Cinta bukannya pada wang ringgit kan? Tapi itulah, ada orang kata kalau suami hadiah gelang emas, isteri akan senyum lebar sampai kat telinga selama seminggu. Tak tau la betul ke tak? :)

Tapi semua tu basicly biarlah ikut kemampuan. Isteri mithali biasanya faham tahap kemampuan suaminya kalau tak takkan lah kebanyakkan isteri kerja nak tampung ekonomi keluarga, kan?

Betul tak kaum perempuan?

p/s: kepada bini-bini, jangan tag atau share kat suami korang post ni, tapi kalau nak tag jugak takde masalah tapi tanggunglah sendiri ye. Yelah mana tau entah jin mana rasuk, tiba-tiba balik rumah dia bagi hadiah periuk noxxa, iron philip, penapis air coway yang korang dah lama idam-idam tu kan? Orang tua kata, tak salah try tag suami, untung sabut timbul.

Sekadar berkongsi cerita: Muhammad Yusof

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen