Isteri Sanggup Je Susah Senang Dengan Suami, Tapi Suami Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Isteri.

 

Ada lagi ke isteri-isteri yang sanggup susah senang dengan suami? Eh, mestilah ada. Ramai isteri sanggup susah senang dengan suami-suami mereka walaupun masa bujang dulu mereka ini dimanjakan dengan kemewahan dengan orang tua mereka.

Tak ada kereta, mereka sanggup sahaja naik moto berhujan panas asalkan suaminya tahu menghargainya. Ada kereta lama, sanggup sahaja mereka naik bersama suaminya asalkan mereka anak beranak tak kena hujan.

Mereka sekat segala kemahuan dan keinginan mereka. Itu belum lagi yang turut membanting tulang sebab nak bantu suami berikan keselesaan hidup buat anak-anak. Tak akan itu dikira tak sanggup susah senang lagi?

Macam yang dikongsikan oleh Fridaus Shakirin ini, isteri bukannya tak boleh bersusah-susah dengan suami cuma suami je yang tak nampak apa isteri dah lakukan.



Ramai ja isteri yang mampu hidup susah dengan suami, tapi kita kena la berlaku baik terhadap dirinya setimpal dengan apa yang dia dah lalui akibat hidup susah dengan kita...bila berkahwin, itu bermakna kita mampu untuk menyediakan itu, menyediakan ini, tapi lain pula yang berlaku selepas berkahwin...kita tak mampu, tapi ada isteri minta cerai terus?

Tak kan...

Dia boleh hidup susah, slow-slow bina kehidupan antara dia dengan kita walaupun hakikatnya, kita yang kena buat smua tu, kena sediakan semua tu, sebab kita lelaki, kita suami, dan tanggungjawab tu memang diletakkan dibahu kita...



Berapa ramai isteri yang bangun seawal 3, 4 pagi untuk buat nasi lemak, untuk nak berniaga keesokan paginya tu? Berapa ramai isteri yang ambik upah mengasuh, hadap perangai budak-budak, jaga anak-anak orang lain? Berapa ramai isteri yang kerja di sektor perkilangan, berdiri, 8 jam, 12 jam, jadi operator kilang?

Benda ni bukan senang nak buat, tambah-tambah dia la isteri, dia la ibu, balik kerja, ada lagi kerja-kerja yang menanti dia dirumah...penat, letih, lelah dia, siapa yang tahu? Yang faham? Cukup bulan, dapat duit gaji, kita pulak mintak untuk digunakan menampung itu ini...



Dan ada pernah dia tak bagi?

Seorang isteri tu lebih dari mampu untuk hidup susah dengan suami, tapi tolong fahami dan hargai apa yang dia dah buat untuk kita, untuk keluarga kita...jangan ambik mudah, jangan la buat tak tahu kat dia, sebab bila dia dah betol-betol rasa apa yang dia buat tu sia-sia, maka tanpa ragu-ragu, tanpa perlu berfikir 2 kali, dia boleh angkat kaki dari hidup kita...

Siapa yang nak hidup susah kan...semua tak nak, cuma jangan sampai menyusahkan dia...cukup-cukup la dengan kesusahan yang dia alami tu...dia pun nak senang mcm orang lain..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen