"Isteri Ini Bila Penat Bukannya Perlukan Rehat Tapi Pelukan, Perhatian Dan Belaian Dari Suami Dia." Boleh Cuba Cara Lelaki Ini Pikat Hati Isterinya.

 

Hidup dalam rumahtangga ini akan lebih bahagia apabila kita saling memahami antara satu sama lain. Nak-nak lagi bila suami tahu bagaimana nak jaga emosi hati isterinya ini.

Isteri ini memang mudah terbuai dengan emosi sendiri, lagi-lagi bila dirinya penat dengan rutin hariannya. Mula lah nak marah tak tentu pasal, jadi garang dengan suami dan anak-anak malah kadang-kadang tuh sampai buat kerja pun nampak tak ikhlas, tapi itulah isteri kalau sudah penat sangat.



Jadi sebagai suami pula, kenalah pandai nak ambil hati isteri. Isteri ini kadang bukan perlukan rehat yang cukup sahaja tetapi mereka perlukan perhatian dan belaian dari suami mereka. Macam yang dikongsikan oleh Muhammad Hassan ini, ngurat balik hati isteri bila nampak dia dah penat tu, jangan biar sahaja.

Tips mengurat hati isteri.

Fahami kehendak fisiologi isteri atau bahasa mudah kita sangat faham yang isteri juga perlukan tubuh badan yang sihat. Insyaallah isteri akan tenang dan bahagia. Sebenarnya isteri tidak memerlukan rehat yang banyak untuk mereka bahagia. Sebab itu kita tengok isteri boleh hadap kerja rumah 24jam.

Perhatikan. Dalam masa yang sama mereka boleh buat 2 3 kerja. Sambil goreng ikan boleh mandikan anak, boleh basuh pinggan, boleh mop lantai. Boleh bisnes online. Eh siap boleh order barang online depan kuali? Fuh.. hebat الله cipta otak wanita. inilah yang dipanggil ‘otak multitracking’,yakni boleh bagi tumpuan kepada banyak perkara dalam satu masa. Sebab itulah jangan pelik kalau mereka masuk mall rambang mata..



Tapi.. apa yang buatkan mereka stress? Bukan sebab tidak cukup rehat. Sebab hormon oxytocin mereka turun secara mendadak bila stress. Kenapa stress? Sebab tiada tumpuan, perhatian, belaian dari suami. Hormon cortisol meningkat, mereka akan nampak lesu, kusam,suka makan makanan manis sebab cortisol telah bakar gula dalam darah.

Rupanya isteri kita ini,apabila mereka penat bukan sahaja perlu rehat, tetapi perlukan belaian, pelukan dan paling penting suami perlu jadi PENDENGAR yang setia. Dengar dengan penuh tumpuan, tatap wajah mereka sambil pegang tangan dan peluk dia dengan erat sambil gosok-gosok belakang mereka. Yes! Waktu ini oxytocin hormone mendadak naik.



sambil peluk dia,bisik ditelinga “Sayang.... bonus abang dah masuk....cakaplah apa sayang nak......”

Jadi para suami rajin-rajinlah peluk isteri bukan sahaja ditempat tidur. Nampak isteri penat pergilah peluk dia,ajak anak peluk sekali. Dalam masa yang sama oxytocin dalam badan lelaki juga akan meningkat. Dengan pelukan kita akan jadi lebih tenang dan boleh buat banyak keputusan yang baik.

MOGA BERMANFAAT.

-EncikMatt-

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen