Pengantin Baling Bunga Tangan, Apa Hukumnya?

 

Buat yang sedang menghitung hari bahagia ini sudah tentu mempunyai pelbagai rancangan bukan? Baju apa nak pakai, macam mana keadaan majlis itu, berape ramai rakan nak diundang malah apa aktiviti yang akan memeriahkan lagi majlis itu nanti.

Tak cukup itu, ada yang plan nak ada bridemaid, nak ada acara baling bunga sebab nak nampak meriah.

Aishh, dah namapk macam ke arah barat dah kita punya plan tuh, elok ke buat macam itu? Bukan ke kita mahukan majlis kita ini mendapat keberkatan bukan sebaliknya.



Dah macam jadi trend pula pengantin perempuan baling bunga lalu percaya yang menerima bunga akan bakal jadi pengantin. Kalau dah sampai percaya ini dah bukan sekadar suka-suka sahaja dah ni.

Mungkin bukan anda yang akan buat tapi akan ada orang disekeliling yang akan buat. Jadi jom semak hukumnya bersama-sama melalui perkongsian Ustaz Farid Rashidi.



1. Tradisi begini bukan ajaran Islam ya. Ia budaya masyarakat barat atau kita panggil Mat Saleh. Omputih.

2. Hindarkanlah ya. Ia melibatkan ramalan sesuatu tanpa dasar. Meramal sesuatu macam jodoh itu juga dilarang dalam Islam.

3. Islam larang ikut amalan orang bukan Islam yang bertentangan dengan syariat.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat Abu Daud, no.4031. Ahmad, no.5114, 5115, 5667]

Imam al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan bahawa:

"Hadis ini menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan serta ditetapkan ke atas kita."
[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 1/87]

Alang-alang nak baling, ce baling durian musang kingke, duri hitamke. Amacam? Mahal tu.

Jom bantu saya share seluas-luasnya artikel ini untuk manfaat bersama. Moga ia dikira amal baik beroleh pahala.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen