Keindahan Alam Percintaan Tak Sama Dengan Keindahan Alam Perkahwinan, Ia Lebih Indah Andai Betul Caranya.

 

Hati siapa yang tak teruja apabila tinggal menghitung hari menjelang hari bahagia. Hati siapa yang tak seronok apabila lamaran diterima, dan siapa sahaja yang tidak bahagia apabila ada orang mengajak untuk membina sebuah hubungan halal.

Semua ini kegembiraan yang akan dirasai oleh mereka-mereka yang bakal berkahwin. Akan tetapi, jangan kerana rasa teruja dan seronok kita lupa makna sebenar perkahwinan itu sendiri. Tidak hanya itu, jangan kerana rasa pada ketika itu membuatkan kita merasakan perkahwinan itu adalah kebahagiaan segala-galanya selepas bercinta bertahun-tahun.



Macam nukilan yang dikongsikan oleh Farizal Radzali ini, perkahwinan itu akan bahagia apabila kena dengan caranya. Jom sama-sama kita hadam nasihat darinya ini.

Buat adik-adik yang bakal berkahwin....

Keindahan alam percintaan tak sama dengan keindahan alam perkahwinan. Kalau nak tahu, alam perkahwinan lebih indah dari alam percintaan andai betul caranya.

Perkahwinan bukanlah kemuncak kepada suatu percintaan, tapi ia adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang di dalamnya terdapat suatu perjalanan yang kita tak tahu lorong dan jalannya. Jangan terpedaya dengan kata-kata org keliling. Setiap perkahwinan akan ada kisah sendiri. Maka cipta kisah anda sendiri, bukan mengikut bulat-bulat kisah org lain, apatah lagi kisah dalam novel mahupun drama Melayu ke drama Korea ke... Please laaaa.....



Sebelum kahwin, tak perlu janji apa-apa yang indah. Kerana kamu tak tahu apa yang akan kamu lalui selepas berkahwin. Kononnya lautan api sanggup diredah, lepas kahwin nak goreng telur mata pun kecut perut, melompat macam apa entah. Terpercik minyak yang sebesar biji sawi tu pun beradoi sampai esok pagi...

Sebelum kahwin, carilah tempat tinggal untuk kamu dan pasangan tinggal setelah berkahwin. Tetapkan target, lepas kahwin nak belajar hidup sendiri. Ikut keadaan pasangan kitalah... Janganlah pasangan tu selama hari ni menjaga maknya yang lumpuh sebab dia anak tunggal, tiba-tiba lepas kahwin mak dia terabai pulak. Ikut kemampuan ok.

Simpan duit untuk mulakan hidup selepas kahwin, bukan habiskan duit semata untuk majlis perkahwinan. Ada yang buat personal loan semata untuk majlis kahwin yang sehari tu. Iyelah, kahwin hanya sekali, nak la yang grand-grand. Tak perlu kalau tak mampu. Kena ingat, kahwin hanya sehari, tapi nak hidup lepas kahwin tu panjang lagi. Banyak duit nak pakai untuk perkara yang lebih penting nanti.



Yang paling penting, bersedia mental dan fizikal. Anda bakal masuk ke medan jihad. Medan di mana pahala mudah diperolehi, begitu juga dosa.

Kena ingat...

Masa bercinta, hanya berdua. Tapi lepas berkahwin, tak lagi berdua. Seluruh keluarga di kedua-dua pihak dah bergabung menjadi satu. Maka, makin banyak hati yang perlu dijaga, makin banyak perangai yang perlu kita hadap.

Masa bercinta, semuanya kita dengan dia sama. Suka kaler sama, baju sama, kasut sama... Sebab tu kita suka dia kan. Macam banyak persamaan. Tapi sebenarnya semua persamaan itu hanya sebab nak menyatukan kita. Selepas kahwin, dan makin lama kahwin, segalanya semakin tak sama. Sorang nak kaler cerah, sorang nak kaler lembut. Nak pulak dah ada anak, anak nak ikut mak ke ayah... Huhuhu....



Masa bercinta, cakap lembut. Bak kata org, pijak semut pun tak mati kot. Kita suka dia sebab dia lemah lembut orangnya. Manis dengan senyuman. Melayan kita dengan penuh sopan. Lepas kahwin, kelembutan tetap ada sebab itu sikapnya tapi jangan mengharap kelembutan itu sama dengan masa bercinta sebab andai masih selembut itu, kamu tak mampu mengawal kapal di atas lautan yang berombak ganas.

Masa bercinta, si dia nampak cantik / hensem. Rasanya kalau nak banding dengan Brad Pitt, Tom Criusew, Shahrukh Khan, Era Fazira, ratu dunia sekalipun, si dia tetap lebih cantik / hensem. Kononnya cantik itu subjektif. Di mataku kau lah paling indah.. Ceeewaaaahhhh. Biarlah kulit hitam asalkan hati putih bersih kunun... . Lepas kahwin, sebenarnya si dia tetap rupa macam tu. Tak berubah jadi lain pun. Tapi dek kerana mengejar kelunasan tanggungjawab yang tidak ada semasa bercinta dulu, maka sesuatu tetap akan berubah. Alaaa..... Kalau kat pantai, pandai lak kata sedangkan pantai lagi berubah, kan kan kan....

Tiada yang indah selain daripada keindahan yang kita sendiri ciptakan. Biarkan org lain dengan keindahannya. Kita dengan keindahan kita. Tak perlu diceritakan manisnya hidup kita. Biarlah hanya kita yang tahu. Kerana kita tak tahu siapa yang akan mengharapkan agar kita tak bahagia. Kita tak tahu siapa yang akan bertepuk tangan bila hidup kita tak indah. Kita tak tahu mungkin ada yang menunggu masa kita jatuh. Jadi, simpan segalanya sebagai kenangan indah antara kita dan si dia. Tak kira baik atau buruk ok....

Farizal Radzali

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,644 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen