“Akad Nikah Bukan Semata-Mata ‘Saya Terima’, Tetapi Si Lelaki Dah Ambil Tanggung Jawab Yang Besar Untuk Menjaga Amanah Allah Iaitu Isterinya…” – Habib Ali Zaenal –

 

Melalui proses akad nikah, sememangnya akan mendebarkan pengantin lelaki yang akan bergelar suami kepada isterinya. Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.

Sebagai anak remaja yang berjiwa muda, tidak sabar menghalalkan hubungan dengan pasangan seolah-olah menjadi trend zaman kini, sehingga tidak endah maksud sebenar ‘Saya Terima’ tersebut. Besarnya tanggungjawab si suami nanti.

Suami sudah mengambil amanah Allah dari walinya, dari keluarganya untuk dijaga dengan baik, bukan ambil dengan begitu sahaja.  Berikut adalah perkongsian dari Habib Ali Zaenal berkenaan dengan perkahwinan ini…

********

Pesanan Rasulullah SAW Kepada Kaum Suami.

Rasulullah SAW meninggalkan wasiatnya khusus kepada kaum suami didalam bab perkahwinan. Didalam khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Rasulullah bersabda;

"Wahai sekalian manusia! Takutlah kamu kepada Allah SWT, di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah, dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah."

Dan Wajib ke atas mereka iaitu si isteri, untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri mereka daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan mereka. Dan Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur kepada kamu, maka wajib ke atas kamu untuk menjaga mereka dengan makanan dan pakaian yang baik.

Ini adalah pesanan Rasulullah SAW didalam khutbah terakhirnya kepada kaum lelaki. Sesungguhnya kaum perempuan itu dihalalkan kepada kamu adalah amanah daripada Allah SWT, dan kamu akan dipertanggungjawabkan kepada Allah SWT. Perkahwinan itu bukan hanya nafkah zahir dan batin saja.

Tanggungjawab Suami Untuk Jadikan Isteri Wanita Yang Solehah.

Bukan hanya urusan kerja dengan siapa, makan dengan siapa , bercakap dengan siapa. Tetapi paling penting sekali ialah untuk mentarbiyah untuk menjadikan mereka wanita solehah. Tanggungjawab itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Akad hubungan suami isteri sudah diambil satu janji atau ikatan yg berat iaitu amanah dari Allah dan Rasul-Nya.

Ramai orang Islam dizaman kita sekarang dalam masalah perkahwinan hanya tahu mengucapkan;

"Saya terima."

Kamu ambil perempuan itu sebagai isteri, adalah amanah daripada Allah SWT. Dikatakan amanah daripada Allah walaupun yang menikahkan perempuan itu adalah walinya, mungkin bapanya atau sesiapa sahaja. Ataupon mungkin wali hakim.

Hakikat penyerahan amanah itu adalah daripada Allah SWT kepada ayahnya. Ianya diserahkan kepada seorang suami yang bertanggungjawab. Dalam hal ini lelaki yang menerima seorang perempuan itu, untuk dijadikan sebagai isteri. Dia telah menerima amanah daripada Allah. Dan dia bertanggungjawab akan amanah tersebut kepada Allah SWT.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen