Jangan Cepat Gelabah Kalau Mertua Ikut Campur Dalam Rumahtangga, Tapi Cuba 3 Langkah Bijak Ini.

 

Masalah antara menantu dan mertua ini bukan satu perkara yang asing lagi dalam hubungan rumahtangga. Tersangat bersyukurlah seseorang itu apabila dirinya memiliki mertua yang baik serta menerima dirinya seadanya.

Tapi kalau rezeki untuk mendapat mertua yang sebaliknya juga perlu bersyukur. Ini kerana, ujian ini akan membuat kita lebih kuat lagi nanti.

Bermasam muka, salah faham, kurang memahami serta suka ikut campur dalam hal rumahtangga ini sememangnya akan menguji sedikit, tetapi biasalah orang tua kan, mestilah nak yang terbaik buat anak mereka. Selalunya kita dengar mengenai menantu perempuan saja yang memiliki sedikit kerumitan dengan mertua, tetapi menantu lelaki juga tidak ketinggalan ye.



Kadang pening kepala juga nak urusakan mertua yang suka ikut campur dalam hubungan kita suami isteri ini. Mana tidaknya, apa yang kita buat tentu sahaja tak kena di mata mereka, itu belum lagi kalau mereka ini cuba nak buat keputusan untuk kita suami isteri.

Kalau sekadar beri pandangan dan pendapat akan sesuatu benda itu sudah tentulah bukan masalah besar, yelah mereka ini kan lebih banyak ‘makan garam’ dari kita tetapi kalau sudah mula campur tangan dalam membuat keputusan itu bukan lagi satu perkara yang elok.

Silap hari bulan, kita suami isteri pula yang bergaduh dan bermasam muka. Sebabnya nak jaga hati mertua kita dengan ikut sahaja kemahuan dan kehendaknya. Jangan sampai perkara ini berlaku, dalam apa jua yang berlaku hati dan perasaan pasangan kita ini kena jaga juga.

Apabila masalah melibatkan mertua ini, pasangan suami isteri itu perlu berkerjasama dengan lebih kuat, di mana jangan biarkan pasangan kita sahaja yang berdepan dengan masalah itu sorang-sorang.



Haa, jom sama-sama buat 3 langkah ini.

1. Sebulat suara dengan pasangan.

Mula-mula jangan main serang je pula, cuba tanya pasangan anda dahulu. Adakah dia rasa bahawa ibu bapanya terlalu banyak masuk campur akan hal rumahtangga kalian. Adakah dia tidak kisah atau berasa rimas?

Kalian harus mempunyai kata sepakat terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Kalau boleh, pastikan pasangan anda juga turut merasai apa yang anda rasa. Bahkan lakukan perbincangan seelok-eloknya, jangan sampai melukakan hati pasangan kita kerana mereka itu ibu bapa pasangan kita.

Selepas temui kata sepakat, maka cuba untuk berbincang dengan keluarga mertua anda pula. Biasanya kalau kalian suami isteri telah sebulat suara, ibu bapa tak akan cuba memaksa untuk mengikuti kehendakknya.

2. Cuba dekati ibu bapa mertua.

Mungkin jurang yang terbina itu membuatkan mereka ini suka ikut campur dalam urusan rumahtangga anda. Jadi apa kata anda dan pasangan cuba untuk mendekati mereka dengan cara yang elok. Macam anak-anak yang mahu bermanja dengan ibu bapa mereka.

Cuba untuk kenali mereka dengan lebih dalam lagi, malah nak lagi mudah anda cuba untuk meminta bantuan mereka bagi menguruskan rumahtangga kalian. Mesti mereka akan lebih terbuka jika anda bersifat sebegini.



3. Bijak kendalikan emosi bila berdepan dengan orang tua.

Kita yang berjiwa muda ini memang mudah melenting kalau ditegur akan perkara yang tidak sepatutnya, malah kita juga mudah untuk rasa tak puas hati. Akan tetapi bila berdepan dengan ibu bapa mertua kalian, jaga emosi dan jangan sesekali tunjuk anda sedang terasa hati dengan sikap mereka.

Jangan semua perkara yang dikatakan itu anda ambil hati dan cuba untuk menjadi seperti yang dia mahukan. Kalian lebih tahu hubungan kalian, maka abaikan sahaja apa yang dikatakan oleh ibu bapa mertua anda.

Jangan anggap bahawa ibu bapa mertua ini sebagai penghalang untuk anda dan pasangan merasai bahagia, akan tetapi cuba untuk memahami yang mereka ini hanya mahukan yang terbaik untuk kalian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,712 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen