Bagaimana Mahu Bahagia Dengan Melepaskan? Jom Baca!

 

Kadang-kala, kita sukar untuk merasa bahagia adalah kerana tidak dapat melepaskan apa yang berada dalam hati dan minda kita. Sukar memaafkan, malah sukar untuk melupakan. Ini kerana dalam diri adanya perasaan ego yang tinggi. Tidak mahu kelihatan lemah dan seumpama dengannya.

Tips untuk bahagia adalah dengan melepaskan ego sendiri. Jangan biar diri berperang dengan emosi seperti perkongsian dari Coach Nora Zayn ini…

********

Bahagia Dengan Melepaskan.

Coach,

Sejujurnya, selepas mendengar saranan Coach dalam kelas 30 hari free coaching Mudahnya Bahagia dalam topik hari ketiga, saya terdorong untuk buat pengakuan.

Senang kata, saya menyedari keegoan dalam diri masih menggunung tinggi.Terlalu banyak yang harus saya perhalusi. Sekarang ini saya banyak mendiamkan diri, merenung ke dalam seperti yang Coach pesan.

Tapi dalam masa yang sama, saya seolah sedang berperang dengan perasaan dan emosi sendiri. Berkecamuk, bergelora dalam hati, rasa serba tak kena.

Coach, saya mahu berdamai dengan hati tapi rasa sangat sukar. Hati ini seolah-olah jadi sangat keras. Astaghfirullah.

Mohon bantu saya, Coach.

Puan S.

********

Hati Akan Bahagia, Apabila Mengakui Ada Ego Dalam Diri.

Alhamdullillah. Coach ucapkan tahniah Puan S kerana mengizinkan diri untuk melalui kelas 30 hari free coaching Mudahnya Bahagia.

Coach sangat yakin bila Puan mula mengakui keegoan diri, ini bermakna Puan sudah ada kesedaran dalam diri yang terbit dari hati dan jiwa sejati yang lembut. Syukuri. Alhamdullillah.

Cooach mohon Puan bayangkan sifat diri kita yang fitrah.

Just lika a baby.

Lihat bayi dan anak kecil, jiwa mereka sangat mulus, bersih, penuh kasih sayang.

Ingat sifat diri sejati dan perlahan-lahan cuba buang rasa hati yang penuh kemelekatan. Lepaskan.

Hati yang boleh jadi melekat dengan identiti, pangkat atau trauma yang dilalui.

Kenapa Puan merasa hati sangat keras dan sentiasa bergolak dengan pelbagai masalah adalah kerana hati dan fikiran masih dipenuhi dengan keegoan diri.

Coach bagi contoh mudah. Mungkin diri mahu melekat pada pasangan, mahu suami yang setiap masa sentiasa memahami emosi seorang isteri. Kita genggam identiti sebagai seorang isteri hingga terlupa sifat dan psikologi lelaki atau suami nyata berbeza sekali.

Jangan Terlalu Banyak Membuat Andaian Yang Akan Memakan Diri.

Diam seorang lelaki bukan bermakna dia tidak menyokong tapi diam itu boleh bawa makna sebaliknya. Bagi suami, sokongan mereka bukan dengan kata-kata tapi lebih pada perbuatan.

Coach mohon Puan perhatikan perubahan-perubahan yang mengambil tempat dalam kehidupan seiring masa yang dijalani. Sedari, perubahan - perubahan itu adalah satu proses atau lapisan demi lapisan berbentuk ujian, cabaran dan dugaan yang memberikan Puan pengalaman berharga.

Leburkan segala segala ilusi. Buat refleksi ke dalam dan ingat (recall) apa yang pernah dilakukan atau terjadi dalam kehidupan. Halusi sehingga Puan tersedar, tertampar dan menangisi setiap perbuatan yang dilakukan.

Lepaskan jangan digenggam...

Lepaskan usah melawan keegoan....

Lepaskan untuk bersedia menjemput kebahagiaan....

Semoga Allah izinkan Puan untuk melepaskan seluruh kemelekatan lalu diketemukan dengan kebahagiaan. Insya-Allah.

Coach Nora Zyan

-Master Coach-

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,702 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen