Wanita-Wanita Perlu Tahu Tempoh Eddah Bercerai Atau Kematian Suami, Bukan Apa Sebagai Ilmu Tambahan Dalam Rumahtangga.

 

Kita sebagai orang perempuan ini kena tahu dalam perkara-perkara yang berkaitan cerai dan eddah ini. Bukan kita meminta untuk berlakunya perpisahan dalam perkahwinan kita, akan tetapi ia adalah ilmu rumahtangga yang mana kalau ada apa-apa terjadi tidaklah kita blur dan kurang memahami.

Mungkin ada dikalangan kita khususnya lelaki dan wanita muslim yang masih belum mengetahui tentang eddah selepas berlaku perceraian secara hidup atau cerai mati. Moga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada semua. Insya Allah.



Iddah dari segi bahasa maksudnya bilangan atau hitungan. Dari segi syarak pula maksudnya, tempoh yang ditentukan oleh syarak terhadap seorang wanita untuk menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya.

Ini penerangan daripada seorang Peguam, Fahmi Ramli berkaitan dengan eddah isteri yang bercerai serta kematian suami. Jom sama-sama kita fahami.

Eddah Cerai Talak&Fasakh

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 :

“Dan isteri-isteri merujuk kepada ayat Al-Quran di atas tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan sama ada percaraiannya secara lafaz talak atau fasakh ialah tiga kali suci daripada haid.”

• Jadi berdasarkan daripada dalil diatas, jelas menunjukkan tempoh iddah 3 kali suci slps diceraikan secara talak atau fasakh. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

• Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri sedang haid/tak suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

• Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri dalam keadaan nifas, isteri kena tunggu sampai 3 kali suci selepas nifas.

Iddah tersebut akan tamat apabila datang haid yang keempat.



Eddah Cerai Ketika Hamil

Tempoh eddah bagi seorang wanita yang hamil sama ada dengan sebab kematian suami atau diceraikan suami ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung. Ini adalah berdasarkan ayat quran di dalam surah At-Talaq yang bermaksud :

“ Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya.”

Ini ditambah dengan dalil daripada peristiwa Sabiah bt Harith yang telah kematian suami ketika dia sedang hamil dan telah melahirkan anak 11 hari daripada tarikh kematian suaminya. Rasulullah s.a.w datang kepadanya dan memberi keizinan kepada Sabiah bt Harith untuk berkahwin lain.

Jadi, kalau berlaku lafaz cerai dalam tempoh mengandung, walaupun tempoh masa untuk bersalin telah singkat, maka bekas isteri dibenarkan untuk berkahwin selepas daripada bersalin anak tersebut.

Eddah Cerai Mati

Tempoh eddah bagi seseorang isteri yang telah kematian suaminya adalah selama 4 bulan dan 10 hari. Tujuan adanya eddah bagi seorang yang kematian suami adalah bertujuan untuk menghormati suami yang baru sahaja meninggal dunia dan berkabung atas sebab kematian tersebut.

• Kalau berlaku kematian suami semasa isteri berada dalam tempoh eddah talak raj’ie dan tidak mengandung, eddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari. Dan kiraan eddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu eddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.

• Kalau berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh eddah talak bain dan tidak mengandung, eddahnya kekal tiga kali suci atau tiga bulan dan eddahnya TIDAK BERTUKAR kepada eddah kematian suami selama 4 bulan 10 hari.

Eddah Diceraikan Sebelum Disetubuhi

Tiada Eddah



Eddah Bagi Perempuan yang ISTIHADAH

Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

• Jika sekiranya haid tersebut tidak menentu, tapi masih dapat tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya, maka eddahnya adalah selama 3 kali suci.

• Jika sekiranya haid tidak menentu dan tidak tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya ATAU tidak dapat bezakan antara darah haid dan ISTIHADAH, maka eddahnya adalah selama 3 bulan.

Eddah Bagi Perempuan Tiada Haid

Jika seorang perempuan itu diceraikan dalam keadaan tiada haid, sama ada ia disebabkan penyakit, telah dibuang rahim, putus haid, belum pernah haid, atau lain-lain perkara maka tempoh eddahnya adalah selama 3 bulan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,791 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen