Cara Nak Bezakan Ketul Ais Guna Air Masak Atau Air Paip.

 

Dengan keadaan cuaca yang agak panas ini, air sejuk sememangnya dapat membantu mmenghilangkan dahaga malah menyegarkan badan. Bukan itu sahaja, bila rasa penat tup-tup dapat minum air sejuk, memang dia punya hilang dahaga memang lain macam.

Tapi kalau minum air sejuk banyak sangat, kita akan mengalami masalah selsema pula. Aik mcama mana tuh?

Penah atau tidak kita ambil tahu air yang bagaimana digunakan untuk dijadikan ais ketul itu?

Air masak atau air tak masak?



Bagi yang mementingkan kesihatan dan kebersihan, perkara ini akan bermain di fikiran. Bayangkan jika selama ini restoran yang kerap kita pergi itu menggunakan ais ketul dari air paip yang tak dimasak.

Seperti yang kita tahu, air paip yang tidak dimasak itu mengandungi bakteria E.coli. Jadi mengambil ais dari air paip yang tidak dimasak mungkin boleh memudaratkan kesihatan.

Tapi macam mana kita nak bezakan ais yang dibuat dari air masak atau air paip?

Ini bezanya:

Ais dari air paip



Untuk membezakannya, perhatikan warna ais tersebut. Ais dari air paip berwarna putih kerana masih banyak yang terperangkap di dalamnya. Biasanya ais yang dibuat dari air mentah ini adalah ais blok. Air ini jelas tak elok untuk diminum biasanya ia digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar basah.

Ais guna air masak.



Ais dari air masak pulak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepas ketika proses merebus air. Biasanya ais seperti ini disebut ais kristal. Kini ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub atau berlubang di tengah-tengah.

Bila dah tahu bezakan senanglah kita nak elakkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,449 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen