Telefon Bimbit Rosak Atau Hilang Sangat Meresahkan, Ini Cara Untuk Anda Hilangkan Rasa Kebimbangan.

 

Setiap kali bangun sahaja dari tidur, telefon bimbit adalah benda pertama yang akan dicapai. Begitu juga sebelum tidur, kita akan membelek telefon bimbit kita untuk kunci penggera ataupun melayari Facebook.

Pendek kata, kegunaan telefon bimbit atau telefon pintar pada zaman sekarang ini memang tidak dapat dinafikan kepentingannya.



Berdasarkan kajian yang dijalankan Nielsen Informate Mobile Insights, pengguna telefon pintar akan meluangkan masa untuk mengguna peranti masing-masing dengan purata selama 187 minit sehari.

Oleh itu, apabila sehari anda terpaksa berjauhan dengan telefon pintar atas sebab-sebab tertentu misalnya telefon rosak, hilang atau tertinggal di rumah, bagaimanakah perasaan anda?

Bosan, bimbang, resah dan mahu menangis, inilah perasaan kita bila sehari tanpa telefon bimbit.



Ini tips berdepan dengan kebimbangan apabila telefon bimbit anda rosak atau hilang:

1. Pengumuman dalam media sosial

Tulis status dalam media sosial bahawa anda tertinggal telefon atau telefon rosak. Bagaimana anda boleh dihubungi, minta mereka mesej secara peribadi dan kongsikan nombor telefon rakan setugas yang anda rapat atau nombor telefon pejabat.

2. Mesej secara peribadi sahabat atau kenalan



Anda sudah sampai di pejabat dan ada perbincangan, tapi terlupa nombor suami. Menjadikan keadaan lebih parah anda tidak mampu mengingati satu pun nombor keluarga untuk memberikan anda maklumat nombor telefon suami.

Caranya, jika suami anda mempunyai akaun Facebook atau Instagram, mesej dia dalam laman berkenaan. Jika tiada, cari kenalan suami dalam Instagram atau Facebook dan minta mereka kongsikan nombor telefon. Untuk mengelakkan suami berasa risau memandangkan anda tidak boleh menghubunginya dengan kadar segera kerana terikat dengan perbincangan, minta kenalan tadi sampaikan mesej:

"Hai, saya Siti rakan setugas kepada isteri encik. Isteri encik minta saya sampaikan pesanan memandangkan dia tertinggal telefon di rumah. Dia akan menghubungi encik sejurus perbincangannya selesai, terima kasih.



3. Anggap hari ini hari bebas gangguan

Inilah masanya untuk anda meninggalkan seketika hobi berswafoto.

Jika telefon pintar ada di sebelah, setiap 5 minit pasti kita terpanggil untuk membeleknya, apatah lagi kalau mesej masuk bertalu-talu. Situasi lain, sahabat anda menghubungi anda untuk mengadu kisah sedihnya sehingga mengganggu tumpuan anda terhadap kerja.

Jadi, bersenang-senang hatilah tatkala telefon pintar anda tertinggal di rumah kerana waktu inilah anda dapat memberikan fokus terhadap kerja tanpa sebarang ganggu.

4. Bagaimana hendak menempah perkhidmatan e-service.

Contoh: Katakanlah anda seorang pengguna Grab atau perkhidmatan e-service yang lain, pada hari anda tertinggal telefon pintar, akan berlaku penghantaran barangan yang ditempah, jangan malu dapatkan bantuan daripada kawan-kawan. Berilah upah sikit kepada mereka atau belanja mereka minum? Mudah kan!

5. Web Whatsapp



Layari laman sesawang Whatsapp di komputer anda dan imbas QR code menerusi Whatsapp Web/Desktop. Pastikan anda tidak log keluar. Katakanlah suatu hari nanti anda mungkin tertinggal telefon di rumah, anda masih boleh menggunakan Whatsapp menerusi komputer riba mahupun kompoter anda.

Memandangkan penggunaan Whatsapp sebagai medium penghantaran mesej yang sangat penting zaman ini, segera buat fail sokongan (back up) di kedua-dua peranti yang disebutkan.

Bagaimanapun, apa yang dikongsikan ini hanyalah sebahagian daripada tindakan yang boleh dilakukan saat tertinggal telefon. Mungkin anda mempunya cara lain yang lebih berkesan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,418 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen