Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?

 

“Semoga berbahagia hingga ke Jannah”, “semoga berbahagia hingga ke akhir hayat”. Ayat-ayat seperti ini sering kali kita ucapkan buat pasangan yang baru berkahwin. Kalau kita baru bekahwin pun dapat juga seperti ayat seperti ini. Ini adalah doa-doa orang lain untuk setiap pasangan.

Pernah atau tidak kita terfikir adakah pasangan kita sekarang ini akan kekal menjadi pasangan kita hingga ke akhir hayat? Ataupun pada di akhirat kelak kita tidak dapat mengenali atau bertemu dengan pasangan kita?



Jadi adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak?

Bila sudah sayang ini sudah tentulah kita nakkan pasangan kita ini akan kekal bersama kita hingga ke syurga. Kerana terlalu cinta, terlalu sayang sehingga ingin masih bersama-sama menikmati keindahan syurga kelak.

Akan tetapi adakah setiap pasangan isteri akan bersama di akhirat nanti?

Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.



4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda:

“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen