Jauhi Sebut 'Penat' Bila Suami Kerap Outstation Cari Rezeki, Itu Aura Negatif.

 

Ada pasangan suami isteri dapat rezeki untuk tinggal sebumbung, ada pula yang boleh jumpa sebulan sekali je sebab PJJ, bahkan ada juga yang dapat duduk sebumbung tetapi suaminya selalu kena kerja outstation. Apa-apa pun rezeki kita suami isteri, kita tetap kena bersyukur kerana tak kisahlah pasangan kita berjauhan atau dekat dia masih lagi ingat dekat kita ini.

Suami yang duduk jauh ataupun selalu outstation ini perlu ada isteri yang kental hatinya, serta bijak kawal emosinya. Mungkin orang tengok nampak macam mudah, tetapi yang terpaksa melaluinya itu kena kuat emosinya. Lagi-lagi kalau baru sahaja mendirikan rumahtangga sudah kena berjauhan.



Macam wanita ini yang juga merupakan ibu dan isteri, Ira Humaira berkongsi tip bagaimana dia hadapi situasi suami yang sentiasa keluar outstation mencari rezeki. Jelasnya, diam tak diam sudah lima tahun Puan Ira berhadapan ujian berjauhan sebagai suami isteri dalam mencari rezeki.



“Sedar tak sedar hampir 5 tahun suami sentiasa outstation.

Ada yang bertanya saya tak penat ke menguruskan banyak perkara?”

Allahu..

Hanya DIA yang Maha Mengetahuinya.

“Awalnya saya memang payah nak hadap seorang diri.”

“Kini alhamdulillah, saya terima seadanya. Secara tidak langsung mengajar saya erti berdikari. Dengan izin Allah, saya mampu menggalas dengan senyuman.”

Sebolehnya jauhi dari menyebut,

Penat
Penat
Penat

Kerana ianya aura negatif.

Baik saya kongsikan sedikit tips yang saya lakukan.

1. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL.

Sangat penting untuk para isteri, baik yang bekerja makan gaji, kerja sendiri mahupun surirumah.

Sebagai contoh tidur awal kerana isteri perlukan stamina yang lebih untuk menguruskan anak-anak dan tuntutan kerja.

Macam saya kalau ada tempahan batik, berdiri 5-6 jam sehari untuk mewarna batik bersama-sama staf. Sebab itu perlunya tidur yang cukup. Untuk mendapatkan tenaga.

2. JAGA MARUAH.

Jaga diri sebaik-baiknya. Andai perlu keluar rumah, segera memberitahu suami dengan siapa keluar dan balik rumah pukul berapa. Bukan apa gejala fitnah di akhir zaman ini semakin berleluasa.



3. CALL @ VIDEO CALL @ KOMUNIKASI.

Pengubat rindu! Orang kata kalau bercinta tak dapat tengok muka dapat dengar suara pun jadilah kannnn.. Hehhehe. Cinta halal, Allah pun suka.

Jangan segan untuk ucapkan I ❤️ U.

Saya selalu mengusik suami mengatakan kata-kata sayang dia tu tak sampai ke hati saya.. Hahaha. Romantik lagi plzzz

4. SEMATKAN DALAM HATI SUAMI PERGI MENCARI REZEKI.

Andai isteri penat melayan kerenah anak-anak, suami juga begitu. Penat mengerah keringat, memerah otak untuk mencari rezeki halal.

Isteri perlu berlapang dada. Redha dengan suami. Andai ada salah silap, maafkan lah suami.

5. AJAR ANAK-ANAK UNTUK MEMBANTU.

Bab ni memang mencabar kaum ibu. Berkali-kali pesan dan didik agar mengemas mainan, buang sampah, kemas bilik namun tetap juga bersepah.

Jangan putus asa!

Teruskan mengingati mereka, dan paling best kita sebagai ibu pun bersama-sama berganding bahu, bukan hanya mengarah itu dan ini.

Kan seronok, kita pun tidak stress malah boleh bergelak ketawa lagi dengan anak-anak.

3 superheroes saya berumur dari 3-10 tahun.

6. BERSERAH PADA ALLAH.

Keselamatan suami, keselamatan saya dan anak-anak serah bulat-bulat pada Yang Maha Esa.

Mohon doa bersungguh-sungguh dari Ilahi walaupun sentiasa berjauhan namun biarlah Allah menyinari hubungan kami menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah, Warahmah.

Semoga apa yang dikongsi ini memberi manfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen