“Kalau Betul Si Dia Serius Mahukan Kita, Dia Takkan Rendahkan Martabat Kita..”

 

Dalam mencari atau menjemput jodoh ini, pelbagai andaian dan hipotesis yang kita sering lihat. Ini kerana setiap individu tidak semestinya mengalami situasi yang sama dalam pencarian jodoh tersebut. Malah, sikap setiap individu itu berlainan.

Kalau dah begitu, itulah jodohnya....

Kita bukan Tuhan untuk menilai setiap kehidupan orang lain....

Seperti perkongsian dari saudara Syafiq Ridhwan ini, beliau mengatakan jika benar si dia serius dengan kita, dia akan cuba menjaga sikapnya dan tidak merendahkan martabat kita. Beliau juga ada berkongsi sedikit sebanyak tentang jodoh ini…

********

Bagaimana Nak Tahu Jika Dia Benar Serius?

"Kalau kau tanya aku, bagaimana ciri-ciri orang yang benar-benar serius mahukan diri kau, aku cuma ada beberapa pendapat sahaja"

"Apa dia?"

"Apa aku cakap ini, sekadar pengalaman aku sahaja lah ye. Tak lebih dan tak kurang. Kalau ada berbeza pendapat itu, mungkin masing-masing punya pengalaman"

"Ok, then, apa dia?"

1. Si Dia Cuba Pertahankan Maruah Kita.

"Mungkin bagi aku kalau orang itu benar-benar mahukan kau. Yang pertama, dia akan letakkan kehormatan untuk diri kau. Bukan bermakna dia hormat macam kau hormat parents, hormat orang yang lebih tua. Tak"

“Maksud aku di sini, dia tak akan bergurau dengan cara merendahkan martabat kau. Tak akan bergurau dengan menggunakan kata-kata carutan dan menyakitkan, dan mungkin dia akan menerima pendapat kau dahulu, sebelum memberikan pendapat dia sekiranya dia rasa itu lebih baik"

"Maksud kau, dia tak akan menolak apa yang aku cakap"

"Bergantung. Kalau dia ada cadangan, dia akan dengar dulu, baru dia usulkan cadangan dia pula. Dia tak akan menolak sebelum sempat kau habiskan cakap-cakap kau"

"Okay faham. Lain?"

2. Si Dia Lakukan Semua Perkara Yang Mendamaikan Kita.

"Yang kedua, mungkin dia perlu mengetahui perkara-perkara yang kebiasaan kau mahu, tapi tak terluahkan. Faham?"

"Tak"

"Maksud aku, benda-benda natural lah. Lebih senang untuk melakukan sesuatu tanpa kau minta dan ketahui. Kiranya, dia faham-faham sendirilah. Sambutan hari lahir, sambutan hari-hari yang penting untuk kalian berdua, benda-benda yang mendamaikan hati kalian berdua, automatik dia tahu apa mahu buat, bagaimana mahu raikan"

3. Si Dia Letakkan Diri Kita Dalam Perancangan Masa Hadapannya.

"Yang terakhir. Mungkin dia lebih mampu untuk bercakap soal masa depan dengan kau. Bagaimana, bila, di mana, semua dia akan bincang dan tentukan bersama dengan kau"

"Sebab hari ini, ramai orang punyai dua alasan yang pertama, bila berbicara soal yang ketiga, mereka gagal. Cuma sekadar mampu untuk ajak lepak hujung minggu. Sekadar untuk bersuka ria dengan keadaan sekarang tanpa ada perancangan masa depan"

"Sekurangnya, bila dia bercakap tentang masa depan, kau tahu, kau ada dalam perancangan dia"

“Mungkinlah, ni pengalaman dan pembacaan aku sahaja. Orang lain, ada pendapat lain"

Syafiq Ridhwan

Berserah.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen