Tanda Lelaki Cemburu.

 

Kadang-kadang lelaki ada masanya yang di mana si dia cemburu dengan kita. Ianya antara jelas atau tidak sahaja kerana secara umum lelaki tidak suka berkongsi masalah dan lebih suka mendiamkan diri jika cemburu sesuatu pada teman wanitanya.



1. Berpura-pura seolah tidak peduli.

Apabila si dia melihat anda berbual dengan lelaki lain, si dia selalunya akan berpura-pura seperti tidak kisah dan ianya ketara yang sebenarnya sedang berpura-pura. Jika si dia bertindak atau berkelakuan lain dari biasa, seperti tidak mengendahkan anda atau secara tiba-tiba membangkitkan pergaduhan tanpa sebab serta sekaligus mengaitkan perihal lelaki tersebut untuk menentang anda, ianya secara jelas menunjukkan yang si dia cemburu dan rasa tidak senang dengan anda.

2. Mood swings.

Dia mungkin seakan tidak ada apa-apa tetapi sejurus anda mendapat panggilan dari rakan lelaki sepejabat, anda akan melihat si dia seperti terlalu diam dan bertindak pelik. Atau mungkin dia menjadi marah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal. Mood swings yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang si dia dalam keadaan cemburu.



3. Si jejaka berkelakuan pelik di sekitar anda.

Adakah si dia mula berkelakuan pelik ketika bersama anda? Mungkin menjadi sedikit lebih agresif? Mungkin juga menjadi lebih terlalu mengongkong. Jika anda mengenal pasti cara si dia sebegini, ianya boleh jadi satu tanda yang si dia cemburu pada anda. Ya benar ianya boleh dikaitkan dengan tanda curang, tetapi ianya boleh bercampur pada satu masa yang sama.

4. Mengintip anda.

Apabila si dia mula mengintip atau memerhati anda dengan lebih kerap, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar atau mungkin dengan siapa anda bercakap, jadi mungkin ia adalah satu tanda cemburu. Bukan itu sahaja, bahkan apabila si dia sudah mula meminta kata kunci kepada emel, laman sosial media serta lain-lain untuk memeriksa segala perihal yang anda lakukan.

5. Merenung tajam.

Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda boleh merasakan yang si dia memerhatikan anda dengan sangat terperinci. Ianya seakan si dia sedang memeriksa tentang perlakuan anda bersama orang lain.

6. Si dia mengatakan sesuatu yang kejam tentang sahabat anda.

Anda sudah membuat inisiatif untuk meluangkan masa bersama sahabatnya. Bahkan juga pernah mencari masa untuk meluangkan masa bersama ibunya. Tetapi apabila tiba masa untuk bersama rakan-rakan anda, dengan tanpa usul sebab, si dia membuat keputusan untuk bercakap perkara-perkara yang kejam dan menyentuh perasaan. Sedangkan rakan-rakan anda tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan si dia, tetapi si dia masih berkeras hati dengan berkata buruk tentang sahabat anda.



7. Si dia cemburu dengan kehidupan orang lain.

Si dia kerap bercakap perihal kehidupan orang lain dan bagaimana megahnya kehidupan mereka. Apabila setiap kali bertemu si dia asyik mengulangi tentang perkara yang sama mengenai kehebatan dan kelebihan sahabat anda atau dia, ini menandakan yang si dia mempunyai perasaan cemburu yang tinggi.

8. Apabila orang lain memuji kecantikan anda, si dia bersedih.

Walhal sepatutnya si dia patut berbangga dan mengucapkan terima kasih apabila orang lain memuji akan kecantikan anda, tetapi si dia bertindak sebaliknya. Si dia mula naik berang dan marah.

9. Si dia kuat mengongkong.

Adakah si dia sering bertanya di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa? Adakah si dia secara tiba-tiba mengganggu sesi girls outing anda bersama sahabat? Si dia kerap bertanya pada pukul berapa akan anda selesai? Sememangnya ia baik buat perhubungan untuk memberitahu segalanya, tetapi apabila setiap perkara perlu diberitahu, ini adalah tanda besar si dia sangat cemburu pada anda.



10. Si dia tidak gembira apabila anda berkongsi perihal seseorang.

Anda akan mula perasan tatkala anda teruja untuk bercerita tentang seseorang, si dia kelihatan kurang gembira dan tidak selesa. Tidak kira perihal lelaki atau perempuan tetapi ianya menjadi lebih teruk apabila ianya mengenai seseorang lelaki lain.

11. Mudah marah.

Apa sahaja yang anda lakukan, semua tidak kena. Ada sahaja yang nak dimarahkan. Boleh dikatakan setiap masa, padahal tiada silap yang anda lakukan. Mungkin dengan hanya alasan yang kecil seperti keluar bersama sahabat wanita atau mungkin bekerja sehingga lewat malam di pejabat. Si dia seakan tidak memberikan peluang langsung kepada anda untuk menjelaskannya dan terus memarahi anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,191 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen