“Dana Kecemasan Penting Untuk Banyak Situasi, Nanti Tak Payahlah Tadah Tangan Tebalkan Air Muka Untuk Meminjam…” Deep Nasihat Wanita Ini.

 

Kita sukar untuk merancang kewangan dan menyimpan wang untuk masa hadapan kerana kurang didedahkan tentang pentingnya perkara ini. Kita juga hanya memikirkan kepuasan kebendaan dalam jangka masa yang pendek sahaja. Tetapi tidak memikirkan matlamat dalam jangka masa yang panjang iaitu tentang dana kecemasan.

Sebab itu kadang-kala terdapatnya situasi kita atau sahabat kita sendiri ingin meminjam wang kerana dalam kesempitan. Bahkan kewangannya juga dalam keadaan negatif dan perlu diselamatkan segera!

Daripada nak tadah tangan tebalkan air muka nak pinjam wang dari sesiapa sahaja, kita perlu tahu cara menyimpan wang dengan betul. Kita perlu tahu dana kecemasan sangat penting untuk banyak situasi seperti apa yang telah dikongsikan oleh Puan Marlia Ramli ini….

********

Gagal Kewangan.

Kawan : Tak tahu nape I terfikirkan you. Sebab tu la I call you.

Dalam hati akak dah agak. #apeni

Akak : Oh ya? Kenapa ya? Tak penah-penah you call I? Selalu Whatapps je kalau ada urusan kerja.

Kawan : I sebenarnya tengah short. So, I nak pinjam RM2,000.

See! Akak dah tahu.

Padahal kawan yang sama book tiket ke Obersee jumpa kekasih katanya.

Camne akak tahu?

No photo description available.

Sebab selalu sangat ada yang bagi mukadimah yang sama end up berakhir dengan kisah :

  • Anak masuk hospital.
  • Hilang pekerjaan.
  • Bercerai dengan pasangan.
  • Kereta kena tarik.
  • Mertua halau.
  • Duit dalam wallet hilang.
  • Bumbung rumah bocor.
  • Kemalangan.
  • Urgent kena balik kampung.
  • Putus cinta boyfriend bawak lari duit.

Dan satu je persamaan sebenarnya.

Kalaulah... Kalaulah kita cerewet tentang dana cemas.

Dana cemas adalah tabung oksigen hayat yang memastikan diri tidak kelaparan jika hilang punca pendapatan.

Cuma semak poket...

Andai hari ni kita hilang kerja, berapa bulan perbelanjaan keluarga mampu bertahan?

Kita fokus sejak hari muda pastikan punya 3 hingga 12 bulan dana cemas. Isteri minimum 12 bulan dan suami sekitar enam bulan.

Kita bina tabung batu bata dan perniagaan sebagai pendapatan pasif persediaan gantian pendapatan bulanan sedia ada.

Nak lebih selamat, 50% berbentuk wang tunai yang cepat dicairkan. 50% berbentuk logam emas agar tidak kebocoran.

Hidup lebih mudah bukan? Kita lebih bermaruah bila ditimpa bencana.

Kalaulah kereta pandu yang biasa-biasa. Rumah kediaman yang murah saja. Ada simpanan emas. Ada tabung belanja bencana.

Kalaulah kita berhenti melepak cafe mahal. Weekend menjana wang berbanding meronda sakan. Usahakan bina pendapatan pasif. Ada takaful perlindungan kesihatan.

Wang tidak mampu membeli bahagia. Tanpa wang kita terpaksa menadah tangan menjual airmuka.

Bermulalah sekarang. Jangan hilang kawan hanya kerana kita GAGAL KEWANGAN.

Salam sayang….

********

Semoga Bermanfaat!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen