Dilema Isteri Berkerja: Suami Tidak Boleh Paksa Isteri Untuk Mencari Nafkah.

 

Bukan perkara yang asing lagi apabila melihat pasangan suami isteri berkerja. Ini kerana, sudah menjadi tugas seorang isteri membantu para suaminya untuk meringakan bebannya.

Hebatnya seorang isteri ini apabila mereka sudah berkerja untuk meringankan beban suami, apabila pulang ke rumah menguruskan anak-anak dan hal rumahtangga tanpa mengeluh pun sedikit. Akan tetapi, lama ke lamaan mental dan emosi yang kuat itu boleh rapuh juga kalau penat yang dirasakan tidak tertanggung lagi.



Jadi di akhirnya mereka ini akan hanya memilih salah satu tanggungjawab yang mereka rasakan ia sebagai satu yang penting dalam hidup kita.

Sebagai contoh kisah ini;

Isteri mahu berhenti kerja, akan tetapi suami menghalang dengan alasan, pendapatan si isteri ini dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga. Apa yang perlu isteri lakukan?

Jadi macam mana kita nak buat kalau kita terlibat dalam keadaan ini?



Menurut Pendakwah, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, dalam Islam kita tahu bahawa, lelaki ataupun suami bertanggungjawab besar dan juga bertanggungjawab secara sepenuhnya untuk memenuhkan rumahtangga ataupun mencari nafkah.

“Suami tidak boleh paksa isteri untuk mencari nafkah.”

Dalam islam juga, suami tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya kepada isteri untuk menanggung keluarga ataupun kepada anak-anaknya.

Akan tetapi seorang isteri yang baik antara cara-cara untuk kita bersedekah adalah dengan membantu suami kita meringankan bebannya.

Jadi apabila kita berkerja itu, ia menjadi salah satu daripada syarat untuk diharuskan kita berkerja adalah kita membantu suami kita atau membantu keluarga kita. Jadi syarat itu telah terpenuh.



Perbincangan dan perbicaraan yang baik itu sangat penting. Jadi berbincang lah dengan baik antara suami isteri.
Isteri mempunyai hak untuk berkata tak nak.

“Tak apalah bang.”

Bila isteri kata taknak pula, ada syaratnya juga.

“Tak apa bang, saya sanggup hidup macam-macam mana sekali pun.”

Jadi jangan banyak complain, jangan banyak merunggut.

Kalau dapat bantu suami sangat bagus, kalau tak dapat suami tak boleh paksa.

Walau bagaimanapun, terpulang kepada kedua-duanya suami isteri berbincanglah dengan cara terbaik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen