“Kemurungan Itu Bukan Satu Pilihan, Tetapi Ia Adalah Penyakit..” Doktor Ini Terangkan Tentang Kemurungan Klinikal.

 

Rata-rata masyarakat memandang rendah dengan kemurungan yang dihadapi oleh seseorang individu. Dengan hanya menyatakan…

‘Tak solat sebab tu murung…’

‘Orang tak ada iman je yang murung ni…’

‘Dia yang pilih untuk murung, murung lah dia, cuba kalau dia tak pilih untuk murung…’

Kita yang tak pernah mengalami kemurungan, pasti mudah sahaja untuk berkata-kata begini. Kita bukan ditempat orang yang mengalami kemurungan tersebut, sebab itu mudah sahaja memandang enteng. Kemurungan ni bukan pilihan individu tersebut, tetapi ia adalah satu penyakit seperti perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini…

Malah terdapat perbezaan kemurungan biasa dengan kemurungan klinikal….

********

Depression Is Not A Choice, It's A Disease!

PERTAMA: Kalian kena tahu bezakan kemurungan (mood depression) dengan kemurungan klinikal (clinical depression). Dua-dua masyarakat panggil depression.

Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit tapi ia masih boleh ganggu mutu kehidupan.

Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.

Image may contain: text

Apabila seseorang mengalami clinical depression, minda terjejas bukan kerana pilihan. Ia melibatkan perubahan dan gangguan pada neurotransmitter yang mengawal tadbir emosi, motivasi dan rasional. Contohnya, serotonin, dopamine, norepinephrine dan glutamate.

Adakah sistem neurotransmitter ini bekerja secara pilihan? Tidak! Kita tak boleh pilih nak banyakkan neurotransmitter ini, nak kurangkan neurotransmitter itu. Ia sistem yang berjalan sendiri mengikut aturannya.

Orang yang alami clinical depression, aturan tadi dah simpang siur. Tak bekerja dengan betul, dan itu menjejaskan kewarasan.

Hasilnya, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.

Tidak seperti mood depression yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa. Clinical depression hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.

Bila ada orang kata dia depressed, kita tak pasti lagi orang itu depressed biasa atau benar-benar clinical depression. Jadi jangan pandang sebelah mata. Jangan anggap ia sesuatu pilihan.

Bawa jumpa doktor. Bawa jumpa psikiatris. Dapatkan kepastian. Mana tahu oramg itu ada clinical depression.

Kita kena mula iktiraf depression sebagai penyakit dan bukan masalah orang mengada-ngada. Ia penyakit. Penyakit yang boleh memudaratkan nyawa pesakit jika tidak dirawat.

********

Semoga Bermanfaat Dan Jangan Mudah Perkecilkan Mereka Yang Mengalami Kemurungan!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,626 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen