Boleh Nak Lepak Dengan Kawan-Kawan, Tapi Jagalah 7 Adab Ini Dulu.

 

Lepak bersama kawan-kawan sudah menjadi satu budaya yang biasa kita lihat. Bukan sahaja anak muda yang suka melepak, malahan orang yang sudah berusia pun suka lepak dengan kawan-kawan. Anggapan orang yang sudah berusia mahu lepak bersama kawan-kawan ini, adalah untuk melepaskan tekanan setelah menguruskan rumah tangga.

Namun, nak meluangkan masa dengan kawan-kawan boleh, tapi perlu lah jaga adab supaya tidak digelar sebagai individu yang tidak bermoral. Malahan, kalau orang berusia melepak ni kan nampak buruk, adab itu penting supaya anak muda dapat meneladani contoh yang baik.

7 Adab Yang Perlu Kita Ikuti Semasa Lepak Atau Meluangkan Masa Dengan Kawan-Kawan Adalah Seperti Berikut…

1. Berpakaian sopan dan menutup aurat.

Tak kira sama ada lelaki ataupun perempuan, menutup aurat itu wajib bagi kita yang beragama Islam. Lelaki jangan menyalahkan aurat perempuan samat-mata, padahal anda sendiri memakai seluar ketat malahan seluar pendek atas lutut. Belum lagi kalau tunduk, nampak alur belakang.

Jangan tuding jari pada orang sahaja, tapi baiki kesilapan sendiri dulu.

2. Tidak membuang masa.

Sebut sahaja ‘Lepak’ sudah nampak ia membuang masa. Jadi, ubah mindset masyarakat dengan budaya lepak yang tidak membuang masa. Tunjukkan pada semua orang, anda meluangkan masa dengan kawan-kawan adalah untuk bincang perkara yang penting dan bukannya mengumpat. Tunjukkan pada semua orang, bahawa lepak pun ada masa yang sesuai sahaja, bukan sampai tengah malam.

3. Menjaga perkataan jangan dicemari dengan kata kesat dan mengundang dosa.

Bila dah berkumpul ramai-ramia dengan sahabat handai, pasti kita tidak menyedari segala kata-kata yang keluar dari mulut kita. oleh sebab itu, hak kita untuk mencari kawan yang berkualiti. Kawan yang berkualiti, sembang pun hal yang berkualiti. Bukan hanya penuh dengan kata umpatan, cacian atau makian yang hanya mengundang dosa sahaja.

4. Tidak membuat bising sehingga menganggu orang lain.

Sudah menjadi kebiasaan, kalau dah lepak dengan kawan yang ramai, semua pun nak bercakap. Semua dahagakan perhatian. Belum lagi bergelak ketawa sehingga menganggu orang ramai. Kalau dah lepak tempat awam tu, jagalah sikap sedikit. Ini bukan sebab ‘Tak nak jadi fake depan orang ramai’, tapi bila dah duduk tempat awam, hormat juga orang awam tersebut.

Kalau nak orang hormat kita, kita hormat orang dulu, ya!

5. Jangan membuang sampah dan mengotori jalan.

Selain daripada itu, sudah menjadi budaya kita juga suka mengotori atau merosakkan barang awam. Belum lagi membuang sampah merata-rata tempat. Sebagai contoh asap rokok dan punting rokok yang bertebaran di jalan. Asap rokok sahaja sudah menjadi punca pencemaran udara dan tidak baik untuk kesiahatan diri dan juga orang sekeliling.

6. Jangan dicemari dengan pergaulan bebas yang hanya berbual hal yang sia-sia.

Ada sebab kenapa mak ayah kita larang untuk lepak sehingga lewat malam. Mak ayah bukan tahu pun apa yang bakal anak-anak buat nanti. Dah malam, gelap, tak ramai boleh melihat. Akal pula panjang, mula nak berbual bebas dengan berlainan jantina. Sudah tentu maksiat akan berleluasa. Cegah sebelum terlambat.

7. Jangan terlalai daripada menunaikan solat fardu.

Dan, yang paling penting adalah, jangan tinggalkan solat fardhu. Ingat, kawan-kawan yang berkualiti bukan sahaja berbual topik yang berkualiti, tetapi ingatkan kita tentang solat!

Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen