Mahu Rumah Tangga Yang Hebat? Suami Isteri Perlu Selalu Sembang Tentang 10 Hal Ini.

 

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti ingin rumah tangga yang diidamkan. Bagi kita yang beragama Islam, sudah tentu mahukan rumah tangga yang mawaddah wa rahmah dan sentiasa menemui keberkatan.

Rumah tangga, bukan sekadar mengajar isteri dan anak-anak solat, Ta’lim, dan sebagainya. Tetapi ia perlu dimulakan dengan apa yang kita bualkan. Apa yang kita sembangkan dengan pasangan dan juga anak-anak. Melalui kata-kata ini, secara tidak langsung akan menyinari hubungan kekeluargaan.

Jadi, Ia Perlu Dimulakan Dengan Suami Isteri Untuk Bersembang Tentang 10 Perkara Ini…

1. Tentang iman.

Sudah sedia maklum, iman seseorang itu tidak dapat diwarisi. Iman seseorang itu yang akan menentukan segala titik permulaan dalam kehidupannya. Jadi, suami isteri perlu tahu dan bersembang tentang iman. Tentang bagaimana untuk tambah iman dalam diri. Bukan dari keagamaan semata-mata, malah tentang akhlak yang akan menentukan iman kita.

Sembang untuk sentiasa melakukan kebaikan…

Firman Allah;

“Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu dalam mengerjakan suruhan Allah) kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Hud: 115)

2. Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan dalam keluarga.

Suami isteri juga perlu selalu bincang, untuk amalkan setiap perkara berlandaskan syariat. Supaya Islam itu tidak pudar dalam jiwa diri sendiri, mahupun dalam jiwa anak-anak. Malah, ketika berada di luar rumah juga, anak-anak sentiasa tenteram dengan ajaran ini, dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.

3. Bagaimana hendak memajukan pelajaran anak-anak.

Pendidikan anak-anak juga amat penting. Pendidikan bukan akademik dan teori semata, pendidikan perlulah lebih praktikal supaya anak-anak mudah mengikut teladan daripada ibu bapanya. Perlu dimulakan dari rumah, dan perlu seimbang hasil didikan daripada ibu dan bapanya juga.

4. Apa yang hendak dilakukan supaya akhlak anak-anak lebih halus.

Perkara ini juga amat penting untuk setiap ibu bapa, kerana acuan anak-anak adalah hasil daripada kedua ibubapanya. Jadi, ibu bapa perlu ingat seperti berikut…

  • Ajar anak tentang siapa Allah dan Rasulullah SAW dari kecil, bukan mengajar tentang superhero dari Hollywood semata.
  • Didik anak tentang empati.
  • Jangan terlalu manjakan anak-anak sehingga menjadi ‘Bias’, perlu seimbang.

5. Bagaimana supaya anak-anak kekal mentaati Allah, Rasul dan dua ibu bapa.

Selain daripada itu, suam isteri perlu selalu sembang tentang hal ini. Tentang akidah dan juga akhlak dalam mentaati Allah, Rasul dan kedua ibu bapanya sendiri. Maka, ibu bapanya sendiri perlu mula menghormati orang sekeliling dan diikuti oleh anak-anak kelak.

Disamping itu, suami isteri juga perlu selalu sembang tentang hal ini…

  • Bagaimana hendak melahirkan kasih sayang antara anak dengan anak.
  • Bagaimana anak-anak tidak terjebak dengan gejala tidak sihat.
  • Bagaimana menghadapi anak yang nakal.
  • Bagaimana memberi hiburan yang halal supaya anak-anak tidak bosan.
  • Bagaimana hendak melatih anak-anak suka berkhidmat kepada orang lain, terutama ibu bapa dan keluarga.

Sekiranya, 10 hal ini yang para ibu bapa cuba praktikkan, Insya Allah akan terlahirlah rumah tangga yang hebat dan barakah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,627 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen