“Jangan Makan Telur, Nanti Luka Bernanah?” Doktor Ini Terangkan, Tentang 8 Mitos Penjagaan Luka.

 

Apabila berlakunya kecederaan pada tubuh badan kita, apa yang kita akan lakukan? Sudah tentu berjumpa dengan doktor ataupun merawat sendiri di rumah. Akan tetapi untuk mencegah cedera atau luka itu bertambah teruk, pasti banyak pantang larang yang perlu diikuti. Seperti tidak boleh makan telur, tidak boleh kena air atau angin atau seumpama dengannya.

Tetapi, adakah pantang larang ini benar?

Jom ketahui fakta dan mitos tentang penjagaan luka dari Dr Kamarul Ariffin ini…

********

Image result for luka

Mitos-Mitos Penjagaan Luka.

1. Lebih dalam luka, lebih sakit.

Mitos. Lebih banyak penderia kesakitan terletak pada lapisan paling kulit paling luar (epidermis). Oleh itu luka dangkal seperti luka tersagat, lazimnya lebih sakit daripada luka tikaman atau luka terbelah.

2. Luka perlu dicuci dengan alkohol untuk basmi kuman.

Mitos. Alkohol digunakan untuk membasmi kuman pada kulit yang tiada luka atau disekeliling luka. Pencucian luka dengan alkohol amat memedihkan dan boleh menyebabkan sel di dalam luka akan mati. Jika luka tiada tanda-tanda jangkitan kuman, hanya perlu cuci luka dengan air steril. Boleh juga gunakan larutan antiseptik yang lebih mesra luka, seperti larutan hyperoksid.

3. Mandi laut akan percepat luka sembuh.

Di hospital, luka yang tiada jangkitan dicuci dengan air garam(NaCl 0.9%) atau air steril. Namun, ia tidak bermakna air laut percepat pemulihan luka. Air laut kadangkala dicemari dengan kuman, maka ada risiko untuk luka dijangkiti kuman. Selain itu kepekatan larutan garam dalam air laut yang sangat tinggi akan menyebabkan sakit pada luka..

4. Luka kalau dibiar terbuka lebih cepat kering(sembuh).

Mitos. Luka perlu dikekalkan lembap untuk proses pemulihan yang lebih pantas dan elok. Ini kerana sel-sel yang bertanggungjawab untuk proses pemulihan luka memerlukan medium lembab untuk bekerja dengan optimum. Luka perlu ditutup dengan dressing yang sesuai

5. Pembentukan keruping adalah tanda luka sedang pulih dengan baik.

Mitos. Pembentukan keruping tandanya luka dibiarkan terlalu kering. Keruping melambatkan proses pertumbuhan sel baru dan menghalang luka sembuh dengan sekata. Untuk elakkan keruping, luka perlu dikekalkan lembap dengan menutupnya dengan dressing yang sesuai.

6. Jangan tutup luka dengan plaster. Plaster tempat pembiakan kuman.

Plaster akan menghalang kuman di persekitaran daripada masuk ke dalam luka. Kebanyakan plaster telah dinyahkuman sebelum dibungkus. Setelah pek dibuka, jangan sentuh permukaan plaster yang akan ditampal pada luka. Tidak mengapa jika ada kuman dipermukaan luar plaster. Asalkan saiz plaster lebih besar daripada luka dan ditukar setelah 2-3 hari.

7. Jangan makan telur jika ada luka. Nanti luka bernanah.

Mitos. Tiada masalah jika anda makan telur. Lagipun, proses pemulihan luka memerlukan sumber protin. Apa yang tidak boleh adalah menyapu telur mentah pada luka. Telur mentah adalah medium yang subur untuk kuman membiak.

8. Jangan makan kicap jika ada luka. Nanti parut hitam.

Mitos. Parut menjadi hitam kerana keradangan pada luka merangsang sel melanocyte menghasilkan melanin (pigmen pada kulit dan rambut). Parut hitam bukan kerana kicap.

Semoga bermanfaat!

********

Semoga Kita Tidak Terlalu Percaya Dengan Pantang Larang Zaman Dahulu!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen