Wanita Demand Hantaran Tinggi, Ukur Keseriusan Orang Lelaki.

 

Pedebatan mengenai wang hantaran ini sememangnya satu perkara yang tak asing lagi lah antara lelaki dan perempuan. Kedua-duanya mahukan pendapat mereka diterima oleh kedua-dua pihak. Tapi janganlah hanya kerana isu nilai hantaran ini menjadi penghalang sebuah perkahwinan.

Apa yang penting adalah mas kahwinnya dan akad nikahnya bukannya wang hantaran atau majlis yang besar-besaran. Janganlah kita meletakkan hantaran yang tinggi sehingga membebankan pihak lelaki. Mereka ini juga ada tanggungjawab sebagai anak sebelum mereka berkahwin.



Ada sesetengah ibu bapa itu siap minta hantaran berpuluh ribu untuk anak-anak mereka sehingga membebankan pihak lelaki. Sepatutnya baik anak gadis serta ibu bapa gadis bersyukur bahawa anda orang yang memilihnya untuk menjadi pasangan hidup mereka, kalau tidak sudah tentu susah hati dan tercari-cari pasangan yang akan menjaga serta menemaninya di hari tua.

Tetapi kalau kita lihat sisi positif pasal demand wang hantaran ni, mungkin boleh dijadikan ukuran untuk menunjukkan tahap keseriusan lelaki itu nak kahwin. Kalau dari awal dah ada kesungguhan untuk mencari ‘duit’ untuk membina keluarga, jadi tidak mustahil selepas kahwin dia tidak akan abaikan soal nafkah untuk isteri dan anak-anak.



Perkara ini ada asasnya. Bukan apa, kalau sebelum kahwin pun dah liat nak keluarkan duit, pergi dating pun si perempuan kena payung, gamaknya selepas kahwin, isteri lah yang banyak keluar duit. Bukan sahaja nafkah, makan pakai laki pun isteri pula kena tanggung. Si suami hanya duduk goyang kaki di rumah, si isteri pula yang keluar mencari rezeki.

Banyak dah kes penceraian berlaku kerana masalah kewangan. Mengikut rekod Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), masalah kewangan menjadi antara punca 11,860 permohonan cerai yang difailkan pada tahun lalu. Ada satu kajian yang dijalankan oleh ahli akademik juga mendapati golongan yang berpendapatan rendah merupakan golongan yang teramai bercerai. Boleh dikatakan semuanya kerana duit disebabkan si suami tidak tahu tanggungjawab.

Bila dah bercerai pun satu hal. Bekas suami tetap culas nak bayar nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak. Mengikut statistik pendaftaran kes ingkar perintah nafkah di mahkamah syariah juga menunjukkan sebanyak 2,699 kes telah didaftarkan di 14 negeri untuk tahun 2017.



Mungkin dia fikir selepas bercerai terlepas ‘bebanan’ itu kot kononnya tak perlu lagi tanggung anak bini. Jadi eloklah kalau kerajaan nak mewujudkan Mahkamah Nafkah untuk mengambil tindakan ke atas suami yang liat dalam membayar nafkah kepada bekas isteri. Kita juga mengalu-alukan mekanisme untuk mengenakan tindakan lebih tegas termasuk sekatan bank terhadap lelaki yang liat memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak.

Jadi, jangan salahkan perempuan demand macam-macam sebelum kahwin. Sebab selepas kahwin kita tak tahu apa nasib perempuan tu jika dapat lelaki yang liat nak keluar duit.

Apa yang dapat disimpulkan bab wang hantaran ini adalah, kalau rasa kita mampu nak tunaikan keinginan pihak perempuan maka kita kahwinlah dengannya tetapi kalau tidak mampu jangan lah terlalu memaksa diri sehingga akhirnya menyusahkan diri.

Bak kata pepatah,

Enggang sama enggang,
Pipit sama pipit.

Barulah rumahtangga yang terbina itu tidak menyusahkan sesiapa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 595,255 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen