Nak Hilangkan Jerawat Di Wajah Bukan Hanya Tumpukan Pada Luaran Sahaja, Dalaman Lebih Penting.

 

Jerawat banyak sangat dekat muka sampai tak yakin nak cari pasangan, inilah situasi yang akan dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah jerawat di wajah. Ada orang kata jerawat yang tumbuh itu adalah pemanis muka, akan tetapi ia juga mampu menghilangkan keyakinan diri seseorang.

Wajah kita ini adalah asset keyakinan kita, sebab itu kalau ada masalah jerawat yang teruk keyakinan yang ada itu boleh merundum dengan teruk.



Ramai yang percaya jerawat adalah hal luaran. Jerawat adalah tanda sistem dalaman yang tidak seimbang. Puncanya di perut. Asas kepada puncanya pula ialah makanan.

“Diet yang tinggi gula dan makanan diproses adalah punca utama kepada jerawat.”

Makanan jenis ini sebabkan meningkatnya insulin-like growth factor 1 (IGF-1). Tinggi IGF-1 sebabkan liang roma di wajah keluarkan sebum atau bahasa mudahnya jadikan muka berminyak.



Wajah berminyak ini menarik bakteria untuk membentuk gunung gunung berapi di wajah. 1GF-1 juga sebabkan sel kulit bernama keratinocytes meningkat. Sekaligus undang lagi bakteria kontraktor bangunkan gunung-gunung berapi di wajah.

Habis nak makan apa?

“Makan makanan ada lemak baik sangat bagus.”

Antara contoh makanan lemak baik. Selain avocado, chia seeds dan dark chocolate ada lemak sihat. Ikan seperti ikan kembung, sardin, tuna, bawal emaspun ada lemak sihat.

“Kalau tak suka ikan boleh ambil buah zaitun yang warna hitam tu. minyak zaitun dan kelapa pun bagus. Campurkan dalam makanan bukan sapu atau muka ye”.

Boleh juga cuba makanan yang rendah Glycemic Indeksnya (GI). Kuncinya pada dua jenis makanan ini. Bahagian dalaman. Jaga usus.

Yang disapu di atas muka itu sekadar membuang daki dan kulit mati sahaja. Orang di Amerika belanjakan lebih dari RM8.8 bilion setahun untuk hapuskan jerawat dengan membeli produk sapuan.

Walau besar belanjanya, jerawat masih berpesta di atas wajah. Rugi sahaja.

Makanan Yang Perlu Di ELAK Untuk Elak Jerawat

• Karbo Ringkas

Orang selalu komplen muka naik jerawat. Sakan pula tu. Macam macam ditempel, disapu dan ada juga dipicit. Geram punya pasal.

Antara punca banyak gunung berapi ini muncul ialah terlebih keluar insulin. Macam mana insulin boleh keluar?

Karbo ringkas seperti nasi putih, roti putih, donut, corn flakes atau mee tingkatkan gula dalam darah. Tubuh keluarkan hormon insulin untuk turunkan gula dalam darah.

Lebih banyak insulin keluar lebih banyak terhasil minyak pada wajah. Pori pori di muka tersumbat. Natijahnya jerawat tumbuh. Menambah “seri” pada wajah. Tidak lembabkan wajah. Tapi lembabkan otak sahaja.



Jadi kalau nak elak jerawat kena elak apa?

• Elak 8 Makanan Ini

Selain french fries ada 8 lagi ‘makanan’ boleh tumbuhkan jerawat dengan bangganya:

1. Makanan dibuat dari tepung putih seperti roti putih, donut, mee, roti canai, nan, pizza.

2. Makanan yang diproses seperti potatoes chips, donut, pie

3. Susu yang diproses. Ditambah perisa dan warna.

4. Ais krim

5. Minuman berkarbonat

Makanan Tidak Berkhasiat

6. Jus buah buahan komersil

7. Coklat bar yang dicampur susu. Bukan pure coco

8. Cereal

Kalau kita sayang wajah, elaklah. Kalau mahu hapuskan gunung berapi di atas pipi, dagu dan dahi, tinggalkanlah. Kalau mahu muka licin berseri, jauhilah.

Kita punya pilihan, bijaklah memilih. Kalau tersesat jalan kembalilah ke pangkalnya.

Apa yang BAIK untuk OTAK baik juga untuk KULIT. TIPSnya seperti berikut:

I. Ambil buah tinggi vitamin C dan vitamin E. keduanya bertindak sebagai anti oksida. Hapuskan radikal bebas.

II. Banyakkan makanan berserat tinggi. Buah dan sayur adalah contoh makanan berserat.

III. Elakkan makanan karbohidrat ringkas. Roti putoh, kuih muih adalah antara contohnya.

IV. Banyakkan pengambilan air. Ya air kosong. Bawa bekal air kosong pergi ke mana mana. Senang nak minum nanti.

V. Elakkan gula putih – manis yang kedutkan kulit dan penambah jerawat pada wajah. Sangat buruk untuk Otak.

VI. Tangani stres dengan efektif. Tidak perlu meroyan. Tidak perlu juga mengulang sebut “aku stress”

VII. Dapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti. Tidur yang terganggu dan tidak cukup sebab kulit jadi kedut.

Point pentingnya jaga yang dalaman. Baharu jelmaannya yang kita idam idamkan. Kalau tidak, jenuh tempeklah kita.

• Jaga Tidur



Waktu tidur kulit baiki diri. SELF HEALING mengambil tempat. Malamlah dia bekerja. Menyapu toner semulajadi. Menyental debu daki pada pipi. Keluarkan sisa kulit mati.

Apabila malam tiada sisa untuk tidur, tiadalah self healing. Kulit mengedut sesuka hati. Bina garisan semahunya.

“Berapa lama SELF HEALING ini?”

“Tidak lama, sekitar 7-8 jam sahaja.”

Apabila TIDUR diabaikan lahir wajah kusam, berkedut serta undangan awal ke hari tua. Apabila TIDUR itu cukup merapat kembali KECANTIKAN dan KEAYUAN kulit.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen