Jangan Takut Kalau Isteri Garang Macam Singa, Nasihati Dia Sebaik-Baiknya Kerana Dia Seperti Tulang Rusuk Yang Bengkok.

 

Selalu kita dengar orang kata suami je yang garang dan tegas dengan anak bini, tapi tak mustahil kalau ada isteri-isteri yang garang dengan suami-suami mereka.

Itu lah yang mula kata ‘suami takut isteri’ ataupun ‘isteri garang macam singa’.

Tapi jangan risau, kalau isteri garang-garang ni, mereka ini tetap kasih dan sayang pada suami dan anak-anaknya. Orang kata garang kata mulut je, dekat hati sayang takut kehilangan.



Kadang kala isteri kita garang ini sudah tentu bersebab, bukan saja-saja dia nak jadi garang tak tentu pasal. Biasanya, orang perempuan ini kan penuh dengan kelembutan, kalau garang mesti ada yang buat hal dengan dirinya.

Selalu nampak isteri ini garang macam singa? Bengis macam harimau? Itu hanya luaran saja. Sebengis mana pun isteri, hakikatnya dia tetaplah seorang wanita yang di dalam hatinya ada kelembutan. Ada kasih sayang.

Jangan risau, tak makan oranglah. Gigit sikit-sikit itu biasa.



Haa, yang penting suami kena jaga tingkahlaku, kawal percakapan (tak kasar, tengking sesuka hati) dan cakna emosi isteri yang berubah-ubah itu. Andai suami pandai kawal semua itu, isteri kenalah ucapkan terima kasih padanya. Terbaik sangat dah tu.

Bukan apa, hati seorang wanita ini semacam 'sponge' kuning tu. Letak air dia serap, bila di perah ia keluar. Dia sangat mudah rasa di sayangi, dan juga sangat mudah rasa sedih kecewa. Itu yang 5 minit sedih, 5 minit lagi boleh pula nangis.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ المرأةَ كالضِّلَعِ، إذا ذَهبتَ تقيمُها كسرتَها، وإِنْ ترَكتَها استمتعتَ بِها وفيها عِوَجٌ
“Sesungguhnya wanita itu diciptakan seperti tulang rusuk, jika kamu ingin meluruskannya nescaya akan patah dan jika kamu membiarkannya maka kamu akan dapat bersenang-senang akan tetapi dia tetap bengkok”.
[Riwayat Muslim, no. hadis: 2669]

Jangan takut nak bentuk dan bimbing isteri kita, sebabnya isteri ini ikut acuan yang suaminya berikan.

Apapun, nasihatlah isteri elok-elok. Kalau ada salah, betulkan baik-baik. Semoga cinta yang dibina, till Jannah ya. Amin.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,189 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen