“Sebenarnya Kita Ada 2 Pilihan Sekiranya Hubungan Dimusnahkan Oleh Orang Ketiga…” Pesan Lelaki Ini.

 

Ramai dikalangan kita pasti akan tertanya-tanya, apa yang perlu kita lakukan sekiranya hubungan cinta yang diulit secara tiba-tiba dimusnahkan oleh orang ketiga. Tidak kira sama ada bekas kekasih, atau sesiapa sahaja yang mencemburui hubungan kalian, semuanya pasti akan ada jalan.

Jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya hubungan kalian berdua tidak memberi kesan buruk walaupun sudah berpisah nanti.

‘Make It Clear…’

Jadi, kita sebenarnya ada pilihan sekiranya hubungan kalian dimusnahkan oleh orang ketiga. Bukannya berdiam diri dan langsung tidak mengambil tindakan. Sekurang-kurangnya kita ada dua pilihan seperti apa yang dinasihati oleh saudara Syafiq Ridhwan ini…..

********

Bila perhubungan kau musnah kerana orang ketiga. Kau ada 2 jalan untuk teruskan kehidupan.

1. Memaafkan Dan Tidak Melupakan.

Yang pertama, kau boleh saja berdiri teguh disitu. Bertahan semampu yang boleh dengan meletakkan harapan orang yang mengecewakan kau ini berubah. Berubah menjadi orang yang lebih baik.

Sebab kau kena tahu, sesetengah orang memerlukan peluang kedua kerana kesilapan yang dia terlakukan tanpa sengaja kerana kenaifan diri dia sendiri. Malah ada orang , dia jadi lebih baik selepas mendapat peluang kedua.

2. Memaafkan Dan Melupakan.

Yang kedua, kau memaafkan dan terus saja berlalu pergi. Lupakan semua kisah-kisah lama yang terjadi antara kau dan dia. Sebab hati ini cuma satu, sekali ia dirosakkan, sukar untuk dia kembali seperti mana hati yang dulu. Baik mana pun, calar-calar tetap ada.

Dan kau kena faham, dalam kehidupan ini, kalau seorang tak menghargai kau, boleh jadi ramai lagi yang benar-benar menunggu untuk peroleh peluang tersebut. Jangan takut.

Terpulanglah. Kau punya pilihan. Kau bercinta, kau lebih tahu dengan siapa kau bercinta. Pokok pangkalnya, memaafkan itu lebih utama. Soal mahu bertahan atau tidak, itu cerita lain.

Dengan memaafkan itu, sekurangnya kau tidak terus menerus menyakiti diri sendiri.

********

Dalam Kehidupan Kita, Kita Punya Pilihan. Dan Setiap Pilihan Itu Akan Menentukan Masa Hadapan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen