“Bila Lelaki Dah Sanggup Buat Apa Sahaja Untuk Halalkan Hubungan, Perempuan Pun Perlu Ada Inisiatif Untuk Membantu…” Pesan Lelaki Ini.

 

Pada masa kini, menuju ke hubungan yang suci dalam membina rumah tangga, lelaki dan perempuan perlu sama-sama berganding bahu untuk melakukan sesuatu urusan termasuklah dalam mengumpul duit untuk perkahwinan. Bukan lelaki seorang sahaja yang perlu banyak berkorban, pihak perempuan juga perlu tahu tentang hal kewangan, barulah rumah tangga nanti nampak masa hadapan.

Memang lah dah kahwin nanti, lelaki yang perlu memberi nafkah, tetapi nak jadi isteri yang baik dan solehah untuk suami, apa salahnya membantu mencari rezeki. Jadi, ikuti sedikit perkongsian dari saudara Amir Syahir ini…

********

Bantu Calon Suami.

Lelaki ni kalau dah sayang dia sanggup buat apa saja untuk makwe dia. Beli itu ini. Nak tunjukkan yang dia sayang sangat.

Apa kata mulai sekarang kau tolong pakwe kau. Bukan tolong habiskan duit dia tapi tolong dia menyimpan. Selalu bagi semangat dan ingatkan dia supaya menyimpan untuk duit belanja kahwin nanti.

Masa bercinta sama-sama nak bahagia. Bila nak kahwin semua beban kau hempuk atas bahu pakwe kau. Dah la gaji kecil, kena bayar PTPTN pula tu. Kena kumpul duit untuk belanja kahwin sorang-sorang.

Masa bercinta kemain kau mintak itu ini. Pastu bising pakwe kau takde simpanan untuk kahwin. Terus nak cari lain. Cian pakwe kau.

Jadi, apa kata korang tolong pakwe korang supaya lebih banyak simpananya. Antaranya;

1. Daripada minta belikan hadiah mahal-mahal baik suruh dia simpan duit gaji dia dalam ASB ataupun Tabung Haji.

2. Daripada minta dia belikan patung beruang besar atau minyak wangi, baik ingatkan dia menyimpan daripada berbelanja dengan boros.

3. Daripada minta dia belikan baju sedondon, kasut jenama sama, baik suruh dia buat tabung berwarna hijau (RM5) ataupun oren (RM20).

4. Daripada ajak dia pergi travel, baik kau suruh dia melabur dalam ASB, unit amanah ataupun instrumen pelaburan yang diyakini.

5. Daripada paksa dia suruh beli kereta import mewah, baik kau kata bahagia guna pengangkutan awam bersama-sama.

6. Daripada kau selalu merajuk pastu suruh pakwe belikan hadiah bunga atau coklat baik kau minta dia simpan RM100 ke dalam tabung kahwin korang.

7. Daripada kau selalu ajak dia lepak dekat kedai kopi mahal lepastu tengok wayang, baik kau ajak dia lepak dekat perpustakaan ke, pantai ke, taman bunga ke. Yang masuk percuma. Jimat duit dia.

*******

Pasangan begini sukar dicari. Yang selalu ingatkan satu sama lain. Sama-sama menyimpan demi masa depan bersama.

Takde lah duit pakwe kau lesap je tiap kali gaji. Nak kahwin nanti ada dah simpanan. Tak perlu buat pembiayaan peribadi. Kau juga senang nanti. Keluarga korang tidak terbeban dengan hutang jahat.

Janganlah tiap minggu duk lepak kedai hipster sambil up gambar dekat Insta. Tiap minggu habis beratus-ratus masa dating. Kah!

********

Semoga Bermanfaat Bagi Mereka Yang Mahu Ke Jinjang Pelamin!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,262 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen