Ikuti 5 Cara Mudah Ini Untuk Bangun Awal Pagi.

 

Siapa sahaja dikalangan kita sukar untuk bangun pagi?

Atau seseorang yang memang bukan digelar ‘Morning Person’?

Situasi sebegini sudah tentu sedikit sebanyak menyebabkan seseorang menjadi lesu, tidak cukup tidur, mata sembap, malah kesihatan badan tidak terjaga.

Sebenarnya Ada Cara Yang Betul Untuk Mudah Bangun Pagi, Iaitu...

1. Elakkan tukar jadual tidur secara drastik.

Sudah menjadi kebiasaan, bari orang yang bekerjaya pasti akan bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh. Sekiranya anda sudah biasa bangun jam 6 pagi, tetapi kemudian esok harinya mahu bertukar ke jam 4 pagi, takut sistem badan terkejut dan tidak bersedia menerima perubahan mengejut ini. Oleh sebab itu, majorit daripada kita akan berasa lesu dan penat pada siang hari di pejabat.

Jadi, amalkan untuk bangun awal secara berperingkat untuk ‘mendidik’ tubuh badan kita bersedia dengan jadual berperingkat ini.

Minggu ni jam 6 pagi, minggu depan 5.30 pagi pula, minggu depan 5 pagi pula. Dengan kaedah ini, sistem tubuh badan tidak mudah terkejut.

2. Perlu konsisten untuk tidur awal.

Apabila sudah merancang untuk bangun awal pagi, anda perlu konsisten untuk tidur seawal yang mungkin. Sekiranya anda tidur dalam jam 12 tengah malam, dan jangka boleh bangun 4 pagi, ia agak mustahil kerana tubuh badan bangun dalam keadaan yang tidak segar. Sekurang-kurangnya anda perlu target untuk tidur 6 jam untuk setiap malam. Tidur pada jam 10 atau 11 malam yang boleh.

Related image

3. Perlu dapatkan ‘Deep Sleep’.

Sebenarnya, untuk menghasilkan tidur yang berkualiti, anda perlu dapatkan ‘Deep Sleep’ supaya anda berasa segar setelah bangun dari tidur. Deep sleep ini adalah tidur yang lena sampai anda tidak sedar apa yang berlaku pada keadaan sekeliling.

Pernah atau tidak, anda tidur awal sekitar 9 malam, kemudian terjaga pada awal pagi dengan mata bulat dan badan yang segar?

Sekiranya ini yang sering berlaku, anda sebenarnya telah pun menghasilkan tidur yang berkualiti. Akan tetapi, kalau anda cuba tidur balik, ini yang menyebabkan badan anda lesu pada jam 6 pagi. Ini kerana tidur malam anda menjadi second cycle, bilamana kita bangkit badan tidak lagi menjadi segar. Jadi, elakkan tidur balik sekiranya terjaga pada waktu tersebut.

Namun, Deep Sleep ini bergantung pada setiap individu.

4. Cuba untuk bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng.

Ingat lagi point nombor satu di atas, apabila kita mempunyai jadual tidur berkala dan tidak bangun secara drastik dan mengejut, cuba pula untuk bangun tanpa menggunakan alarm telefon bimbit atau jam loceng. Kaedah ini sebenarnya mampu untuk kita banguh dalam keadaan yang segar.

Apabila sudah membiasakan tubuh badan dengan jadual tidur yang berkala, tidak hairan sekiranya anda mudah bangun sahaja tanpa alarm. Tapi kalau tidur balik lepastu, memang terjaga lewat nanti. Jangan biasakan.

5. Didik badan untuk tidur waktu betul-betul bersedia untuk tidur.

Ada juga segelintir daripada kita terpaksa kerja sampai lewat malam, sehinggakan tak sempat nak mandi atau buang solekan pada wajah, dan terus tidur. Jangan biasakan badan anda untuk tidur waktu badan belum bersedia untuk tidur sebenarnya, lebih-lebih lagi ketika badan masih lagi belum bersih. Keadaan sebegini sebenarnya membuatkan badan anda menjadi letih dan lesu esok hari.

Tidurlah selepas mandi, makan dan solat Isyak.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen